Malaysia Masuk Ke Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April, Ini SOP Terkini Yang Patut Anda Tahu
Kesemua perubahan ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2022 seiring dengan peralihan ke Fasa Endemik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.
Jelas beliau fasa ini adalah fasa peralihan atau exit strategy agar negara kita dapat kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
Namun beliau menegaskan fasa ini hanyalah bersifat sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik sepenuhnya yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Malah peralihan ini tidak akan menggugurkan kewajiban SOP utama iaitu pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Selari dengan peralihan ini, kerajaan akan melonggarkan beberapa peraturan yang sebelum ini dikuatkuasa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Pelan Pelan Pemulihan Negara (PPN) antaranya tiada lagi penjarakan fizikal di rumah ibadat selain pemansuhan had waktu operasi premis perniagaan.
Bagi memudahkan anda, di bawah kami kongsikan kesemua SOP Fasa Peralihan Endemik yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April itu :
- Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan
Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu. - Premis wajib pastikan ventilasi baik
Pemilik premis wajib pastikan sistem pengudaraan yang baik di dalam premis. - Sentiasa menjaga kebersihan tangan
- Ujian pengesanan Covid-19 mengikut tatacara National Testing Strategy
- Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan.
Pemilik premis dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. - MySejahtera masih diwajibkan, MYSJTrace juga wajib untuk tempat tertutup
Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung. - Tiada lagi penjarakan fizikal untuk aktiviti solat di masjid dan rumah Iibadat.
Aktiviti solat Jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid/surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). - Keperluan vaksinasi:
- Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.
- Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.
- Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap kementerian.
- Individu yang disyaki atau disahkan positif wajib mematuhi garis panduan KKM
Selain itu tiada lagi had kapasiti 50% untuk aktiviti perkumpulan
Had kapasiti 50% untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai akan dimansuhkan secara menyeluruh. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.
Pembukaan sempadan negara
Seiring dengan perancangan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’, kerajaan turut memutuskan supaya sempadan negara turut dibuka semula pada 1 April ini.
Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan untuk pergi ke mana- mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.
Dalam masa yang sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan. Sebaliknya, hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera.
“Walau bagaimanapun, mengambil kira situasi penularan COVID-19 terutama gelombang Omicron yang masih melanda negara kita dan kebanyakkan negara di seluruh dunia, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia,” kata beliau lagi.