Akibat Murung Tidak Bekerja, Tukang Azan Tikam Ibu, Ayah Dan Adik
Kemurungan ini bukan sahaja bahaya pada diri sendiri, tetapi pada orang sekeliling juga.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak Covid-19 melanda dunia, ramai yang telah terkesan dengan virus ini bukan sahaja dari segi kesihatan malah ada juga yang kehilangan kerja atas pelbagai faktor.
Isu kehilangan kerja ini bukanlah satu isu yang kecil buat seseorang yang sedang mengalaminya. la boleh membuatkan seseorang itu mengalami kemurungan yang teruk serta buntu akibat masih tidak mendapatkan pekerjaan.
Apabila seseorang mengalami kemurungan, pemikiran dan tindak-tanduk mereka sukar untuk dijangka.
Bukan itu sahaja, lebih buruk lagi sehingga ada yang bertindak untuk mencederakan diri atau orang lain.
Mengamuk lalu menikam 10 orang ahli keluarga termasuk jiran
Insiden ini di Desa Pojok, Kediri, Jawa Timur apabila seorang lelaki dikenali sebagai Riyanto, 35, telah bertindak menikam 10 orang ahli keluarganya serta jiran dengan menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian amuk.
Kejadian itu telah menyebabkan empat orang terbunuh, manakala enam lagi cedera parah.
Menurut seorang saksi, Aris Setiawan kejadian itu berlaku apabila suspek bertengkar dengan ibu dan bapanya mengenai pekerjaan.
Dia difahamkan kini tidak lagi bekerja kerana telah diberhentikan.
Tiba-tiba capai sabit dan menikam ibu,bapa serta adik
Aris berkata “Riyanto tiba-tiba mencapai sabit lalu menikam ibu, bapa serta adiknya sehingga mereka maut ditempat kejadian.
“Bukan itu sahaja, beberapa jiran tertangga yang melihat insiden itu turut diserang, dia kemudian melarikan diri ke dalam kebun dan penduduk kampung telah membuat laporan polis,” ulasnya lagi.
Sementara itu, jurucakap polis Kediri, Rizka Atmadha Putra mengesahkan kejadian yang berlaku itu dan suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, polis memaklumkan suspek ketika ditahan tidak memegang sebarang senjata serta tidak melawan.
Suspek mengalami kemurungan kerana dibuang kerja
“Setelah melakukan beberapa ujian didapati suspek mengalami kemurungan kerana dibuang kerja serta selalu didesak oleh ibu bapanya untuk mendapatkan kerja dalam kadar segera,” kata Rizka.
Selain itu, difahamkan Riyanto adalah seorang yang pendiam, namun sering menjadi tukang azan di masjid.
Untuk makluman, enam lagi mangsa yang dilaporkan cedera kini berada dalam keadaan yang stabil.
Kredit Foto : Herald, Tribun