fbpx
Now Reading
Berdepan Pelbagai Sekatan, Rusia Umum Senarai Negara ‘Bukan Kawan’

Berdepan Pelbagai Sekatan, Rusia Umum Senarai Negara ‘Bukan Kawan’

Difahamkan negara yang tersenarai merupakan mereka yang mula mengenakan sekatan terhadap Moscow ekoran dari konflik di Ukraine.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Rusia kini menjadi negara di dunia yang paling banyak menerima sekatan susulan konflik dengan Ukraine.

Bukan sahaja berdepan sekatan kewangan, kuasa barat turut mengenakan sekatan eksport ke atas teknologi-teknologi utama dari dihantar ke negara yang terletak di Eropah Timur dan Asia Utara itu.

Terbaharu, sebagai respon dengan sekatan yang dikenakan, Kerajaan Persekutuan Rusia telah meluluskan satu senarai negara ‘bukan kawan’ atau tidak mesra yang menurut mereka telah memulakan bibit permusuhan dengan rakyat dan syarikat dari negara mereka, lapor Tass.

Menerusi laporan Al Jazeera, negara yang disenaraikan merupakan mereka yang mula mengenakan sekatan terhadap Moscow ekoran dari operasi ketenteraan khas Angkatan Tentera Rusia di Ukraine.

Apa yang mengejutkan, ia bukan sahaja membabitkan negara Eropah, malah turut melibatkan beberapa negara Asia termasuklah negara jiran kita, Singapura.

Mengikut senarai berkenaan, negara-negara dan wilayah yang terlibat adalah:

Albania
Andorra
Australia
United Kingdom
Kesatuan Eropah
Iceland
Canada
Liechtenstein
Micronesia
Monaco
New Zealand
Norway
Korea Selatan
San Marino
North Macedonia
Singapura
United States
Taiwan
Ukraine
Montenegro
Switzerland
Japan.

Dengan keputusan ini, Kerajaan Persekutuan Rusia menegaskan mana-mana rakyat dan entiti seperti syarikat, negeri, dan majlis perbandarannya yang mempunyai kewajipan pertukaran asing kepada negara yang disenaraikan di atas perlu melangsaikan pembayaran menggunakan mata wang rubel.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.