fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Masak Seawal 5 Pagi, Wanita Ditampar Kawan Serumah [Video]

Hanya Kerana Masak Seawal 5 Pagi, Wanita Ditampar Kawan Serumah [Video]

Sudah adat menyewa rumah ini haruslah saling hormat mengormati, jika ada yang tidak berkenan di hati bincang lah sebaiknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kebiasaan apabila sudah dewasa kita mula mencari tempat tinggal yang lain.Ada yang memilih untuk membeli rumah, namun tidak kurang juga ada yang memilih untuk menyewa sahaja kerana kadar bayaran yang jauh lebih murah.

Apabila menyewa, ada yang selesa berseorangan dan ada juga yang memilih untuk duduk bersama penyewa lain.

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang pengguna Facebook, Vestene Wong yang berkongsi kisahnya ditampar oleh rakan serumah sehingga lebam hanya kerana masak pada pukul 5 pagi.

Menurut Vestene, rumah tersebut didiami oleh empat orang termasuk dirinya. Insiden itu difahamkan berlaku pada Ahad (5 Mac) lalu.

Wanita itu secara tiba-tiba telah menampar saya

Vestene berkata “saya sedang menggunakan dapur untuk menyediakan bekalan makanan kerana pada pagi itu saya dan rakan telah merancang untuk melakukan aktiviti mendaki.

“Setelah 10 minit berada di dapur, rakan serumah saya yang duduk di bilik berdekatan telah keluar dari biliknya, dan secara tiba-tiba telah datang dan menampar saya,” kata Vestene.

Menurutnya, dia menampar Vestene kerana tindakan wanita itu memasak di awal pagi telah menyebabkan dia terjaga dari tidurnya.

Setelah itu, Vestene memaklumkan akan melaporkan tindakan itu kepada polis, namun wanita itu menyatakan bahawa dia bakal terlepas dari tuduhan kerana mempunyai anxiety.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga telah memarahinya dengan melemparkan kata-kata kesat serta menyuruh Vestene untuk memasak di biliknya.

Walau bagaimanapun, Vestene telah mengesahkan dengan tuan rumah terlebih dahulu bahawa tiada had masa dikenakan sekiranya dia ingin menggunakan ruangan umum dan ini termasuklah bahagian dapur.

Ekoran itu, beliau telah membuat keputusan untuk membuat laporan polis berhubung dengan insiden berkenaan.

Membawa ubat yang tidak dilabel, hanya hidap ‘mild anxiety’

Ketika di balai polis, wanita itu diminta untuk menunjukkan bukti bahawa dia adalah seorang pesakit mental seperti yang telah didakwa.

Namun, wanita yang hadir ke balai polis ini hanya membawa ubat yang tidak dilabel dan menyatakan bahawa dirinya hanya menghidap ‘mild anxiety’.

Tidak ikhlas memohon maaf

Bagaimanpun, bagi menyelesaikan isu tersebut polis meminta wanita itu untuk memohon maaf kepada Vestene, namun beliau merasakan permohonan maaf itu tidak ikhlas.

Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan balai polis itu kerana tidak mahu melayan wanita itu.

Buat makluman, video yang dikongsikan telah diambil daripada rakaman litar tertutup (CCTV) yang telah dipasang oleh tuan rumah tersebut sejak beliau berpindah di situ lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.