fbpx
Now Reading
Bukan Dari Dubur Babi & Ada Sijil Halal Sah, Syarikat Sotong Ring Akan Saman Penyebar Fitnah

Bukan Dari Dubur Babi & Ada Sijil Halal Sah, Syarikat Sotong Ring Akan Saman Penyebar Fitnah

Syarikat mereka difahamkan berjaya mengesan dua pengguna Facebook yang sengaja memburuk-burukkan produk mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial dengan status halal sebuah produk sejuk beku sotong ring selepas ada individu tidak bertanggungjawab menyebarkan mesej berangkai yang mendakwa bahawa ia diperbuat daripada dubur babi.

Malah menerusi rantaian mesej sama, individu berkenaan mendakwa pihak pengeluar dengan sengaja telah menggunakan logo halal demi mengaburi orang ramai.

Isu ini kemudian telah menarik perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memaklumkan akan melakukan siasatan bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Terkesan dengan isu yang timbul, syarikat pengedar makanan sejuk beku, Shen Hua Resources tampil menafikan bahawa produk Sotong Ring kepunyaan mereka menggunakan dubur babi.

Foto : Malaysiakini

Berjaya kesan dua netizen di Facebook yang sengaja burukkan produk

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shen Hua Resources Rodney Soon, pihaknya berjaya mengesan dua pengguna Facebook yang sengaja memburuk-burukkan produk cincin keluaran syarikat induk mereka, Dayou Group di China.

Beliau yang tampil menerusi satu sidang media pada Rabu, 9 Mac menggesa berkuasa seperti polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar menyiasat isu berkenaan demi nama baik syarikat mereka.

Malah dia menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap netizen berkenaan memandangkan penyebaran fakta tidak benar itu telah menjejaskan jualan produk mereka sekaligus membuatkan mereka kerugian.

Tambah Rodney lagi, pihaknya juga akan membawa perkara berkenaan kepada Biro Pengaduan Awam Pejabat Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.