fbpx

Keadaan Abang Jadi Asbab, Pembaca Berita TV3 Ezreena Amir Hamzah Kini Berhijab

Ezreena Amir Hamzah difahamkan mula berhijab pada 1 Mac lalu yang kebetulan jatuh pada hari peristiwa Israk dan Mikraj.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pembaca berita TV3,  Nor Intan Ezreena Amir Hamzah mendedahkan dia kini sudah tampil berhijab sepenuhnya.

Tampil menerusi satu perkongsian di Instagram, penyampai Buletin Utama itu mengakui dia sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung, namun belum begitu terbuka hati untuk berubah ke arah itu sebelum ini.

Malah mengikut perkiraannya, dia telah mengambil masa selama 24 tahun untuk melakukan perubahan berkenaan.

Menurut Ezreen, keadaan abangnya yang secara tiba-tiba menjadi lumpuh separa badan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital sejak Februari lalu menjadi faktor utama dirinya melakukan perubahan.

Malah urusan anaknya, Zill yang sentiasa dipermudahkan selain impian suami yang benar-benar mahukan dia bertudung turut menguatkan lagi semangat wanita ini.

“Apa yang membuatkan saya berubah? Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung ada lah sehelai dua, spare kalau ada assignment yg memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.

“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yg menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital, dan terus dipantau sehingga lah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik.

“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya. Saya tanya pada tuhan, apa yg boleh saya buat untuk bantu abang saya dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu. Tapi sy masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia.

“Dan saya juga ada berdoa pada Allah swt, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yag Zill tunjukkan.

“Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan?

“Dan bila terbayang muka suami, yang tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya,” tulis Ezreen.

Dan akhirnya pada 1 Mac yang kebetulan jatuh pada Hari Israk Mikraj, dia akhirnya terbuka hati untuk berhijrah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dilihat menyambut baik perkongsian yang diberikan Ezreen. Ramai yang turut mengambil kesempatan mendoakan agar pembaca berita ini terus istiqamah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.