fbpx
Now Reading
Takut Untuk Keluar, Pemuda Terperangkap 6 Jam Dalam Tandas Wanita [Video]

Takut Untuk Keluar, Pemuda Terperangkap 6 Jam Dalam Tandas Wanita [Video]

Rizqin memaklumkan dirinya terperangkap di dalam tandas wanita di TGV Sunway Velocity

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap di antara kita pasti pernah melalui satu situasi yang memalukan terutama apabila berada di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

Situasi seperti ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @rizqindaniel, beliau berkongsi akan kisahnya yang tersalah masuk ke dalam tandas wanita di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi video itu, dia memberitahu bahawa dia tidak sengaja untuk memasuki tandas tersebut.

@rizqindaniel

Saya tak sengaja. Washroom icon dia confusing sangat . 😭😭😭

♬ original sound – Rizqin Daniel – Rizqin Daniel

Hal ini kerana, ikon jantina yang ditampal di hadapan tandas itu telah membuatkan dirinya salah faham, lalu terperangkap di dalam tandas itu selama beberapa jam.

Lebih merisaukan, apabila dia mula terdengar suara perempuan yang berada di luar tandas berkenaan.

Oleh kerana risau ada pengguna wanita mengetahui keberadaannya di dalam bilik tandas itu, Rizqin mengambil keputusan untuk menunggu sehingga keadaan di luar tandas benar-benar kosong dan selamat.

@rizqindaniel

Reply to @atinssss aku tertidur. Baru perasan ada tong sampah for women 😭😭😭

♬ original sound – Rizqin Daniel – Rizqin Daniel

Terperangkap selama enam jam

Menerusi video tersebut Rizqin memaklumkan bahawa dia terperangkap selama enam jam.

Akibat terlalu lama menunggu, Rizqin akhirnya terlena di dalam tandas itu, namun ketika tersedar dari lenanya barulah dia perasan terdapatnya tong sampah sanitasi di dalam bilik tandas tersebut.

Bagaimana boleh keluar?

@rizqindaniel

Reply to @nousername2_0 yang mana tanya tu, toilet tgv Sunway Velocity . Aku tak sempat ambil gambar 😂

♬ original sound – Rizqin Daniel – Rizqin Daniel

Apabila ditanya oleh netizen bagaimana dia boleh keluar daripada tandas itu, Rizqin menerusi videonya menjelaskan ketika pusat membeli belah itu membuat pengumuman akan tutup dalam masa setengah jam, dia memberanikan diri untuk keluar dari tandas tersebut.

Tambahnya, dia turut bersyukur kerana tiada orang berada di dalam tandas wanita itu selain dirinya.

Mohon maaf kerana tidak sengaja dan keliru

Dalam video tersebut, Rizqin turut memohon maaf sekiranya selepas ini ada wanita yang takut untuk masuk ke dalam tandas serta menyifatkan insiden yang berlaku itu tidak disengajakan olehnya.

Lebih-lebih lagi, dia keliru  dan mengakui cahaya yang memancar ke matanya membuatkan penglihatannya tidak beberapa jelas dengan gambar ikon yang dipamerkan.

Rizqin turut memaklumkan, dia kini tidak berada di ibu kota dan telah membawa dirinya ke Kedah akibat terlalu malu.

Abang keluar je, lepas tu buat-buat terkejut

Walau bagaimanpun,video ini telah memberi pelbagai reaksi di kalangan netizen apabila ada yang menyuruhnya untuk keluar sahaja dan menyatakan dirinya tersalah tandas. Tidak kurang juga ada yang terhibur dan berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen.

Aku pernah jadi macam ni, termasuk tandas lelaki

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.