fbpx
Now Reading
“Bayaran Penuh Dah Dibuat” – Stesen TV Nafi Ada Berhutang Dengan Diva AA

“Bayaran Penuh Dah Dibuat” – Stesen TV Nafi Ada Berhutang Dengan Diva AA

Memandang serius tuduhan yang dikeluarkan Diva AA, Adam turut menegaskan mana-mana pihak seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab sejajar pelantikan diberikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita pengguguran pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA sebagai hos bersama bagi rancangan realiti MIC ON!

Menurut Awesome TV, keputusan drastik ini diambil demi memastikan keharmonian dan kelancaran penerbitan program berkenaan.

Mengakui tidak terkesan dengan pengguguran tersebut, Diva AA bagaimanapun meminta stesen TV berkenaan untuk segera melunaskan segala pembayaran yang tertunggak atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

Baca artikel berkaitan : “Saya Tak Hadap Tawaran Ciput” – Diva AA Panas Hati, Tapi Tak Kisah Digugurkan Dari Mic On!

Pembayaran penuh dah dibuat hari Diva AA digugurkan

Terbaharu, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV Datuk Adam Ilyas menegaskan pihaknya sudah pun melunaskan pembayaran penuh kepada Diva AA pada hari sama namanya digugurkan.

Malah mereka turut membayar pembayaran bagi seluruh musim (10 minggu) meskipun pengacara berkenaan hanya melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu sahaja.

“Pembayaran penuh untuk 10 minggu telahpun dibuat pada hari yang sama dia digugurkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022 walaupun dia cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu sahaja.

“Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmatnya juga telah dikeluarkan pada hari yang sama. Kami beranggapan, isu bayaran untuk program Mic On! sudahpun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini,” kata Adam dipetik dari Kosmo.

Awesome TV tidak bertolak ansur perlanggaran etika kerja

Memandang serius tuduhan yang dikeluarkan Diva AA, Adam turut menegaskan mana-mana pihak seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab sejajar pelantikan diberikan.

“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pihak Awesome TV tidak akan bertolak-ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja.

“Terutamanya yang melibatkan program-program terbitan kami kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka,” ujarnya lagi.

Mungkin ambil hos jemputan

Difahamkan penerbit Mic On! akan mengambil hos jemputan untuk mengisi kekosongan Diva AA untuk digandingkan bersama Issey Fazlisham.

“Dalam pada itu, pihak produksi juga turut merancang membawa masuk khidmat hos jemputan untuk digandingkan bersama hos sedia ada, Issey Fazlisham.

“Hal tersebut adalah bagi memeriahkan lagi konsert mingguan program berkenaan. Nantikan pengumuman rasmi dalam jangka masa terdekat ini. Mic On! bersiaran pada setiap hari Jumaat, 9 malam menerusi saluran Awesome TV di platform Astro 123 dan MyTV 112,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.