fbpx
Now Reading
Nyawa Diutamakan, Kisah Konvoi Maharaja Jepun Yang Berhenti & Beri Laluan Untuk Ambulans

Nyawa Diutamakan, Kisah Konvoi Maharaja Jepun Yang Berhenti & Beri Laluan Untuk Ambulans

Kejadian yang berlaku pada Jun 2019 ini membuatkan beliau yang baru sahaja naik takhta mendapat pujian dari seluruh media dan rakyat Jepun pada waktu itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di dalam dunia ini, tiada apa yang lebih penting daripada NYAWA. Disebabkan itu sebarang usaha untuk menyelamatkan nyawa akan menjadi keutamaan, tidak kiralah apa sahaja situasi yang sedang berlaku di sesuatu tempat itu.

Perkara ini turut dipraktikkan di jalan raya di mana pergerakan jentera bomba atau ambulans yang sedang membawa pesakit akan diberikan keutamaan yang paling utama, berbanding kenderaan lainnya.

Namun kebelakangan ini di negara kita, jika ada pertembungan melibatkan konvoi VIP dengan jentera kecemasan seperti ambulans, selalunya laluan akan diutamakan untuk konvoi VVIP sebelum ambulans dibenarkan meneruskan perjalanan.

Baca artikel berkaitan : Tular Video Ambulans Dihentikan Untuk Beri Laluan Pada Konvoi VIP, Ini Penjelasan PDRM

Situasi ini bagaimanapun tidak berlaku kepada Maharaja Jepun, Naruhito apabila konvoi beliau secara spontan pernah berhenti di tengah jalan bagi memberikan laluan kepada ambulans.

Kejadian yang berlaku pada Jun 2019 ini membuatkan beliau yang baru sahaja naik takhta mendapat pujian dari seluruh media dan rakyat Jepun pada waktu itu.

Malah perkara tersebut turut disaksikan ratusan rakyat Jepun yang kebetulan sedang berdiri di tepi jalan untuk menyaksikan sendiri konvoi Maharaja mereka yang baru pertama kali melakukan tugasan rasmi di luar Tokyo.

Foto : Twitter Sayakama

Difahamkan sewaktu insiden, konvoi Maharaja Naruhito yang sedang dalam perjalanan ke sebuah acara di Nagoya, Aichi sedang bergerak dalam kelajuan sederhana.

Namun sebaik menyedari terdapat sebuah ambulans yang sedang dalam kecemasan (siap dengan siren) bergerak laju di sebelah mereka, konvoi berkenaan secara serta-merta telah berhenti.

Bukan setakat membuka ruang, malah sebuah motosikal pengiring kemudian dilihat mengiringi ambulans terbabit bagi memudahkan perjalanannya. 

Mereka kemudian bertindak meneruskan perjalanan selepas ambulans tersebut selamat melepasi konvoi maharaja.

Namun insiden membabitkan maharaja Jepun ini bukanlah kali pertama. Sebelum Naruhito, bapa beliau iaitu Maharaja Akihito juga pernah tular selepas konvoi beliau diminta berhenti seketika bagi memberikan laluan kepada sebuah kenderaan medikal.

Peraturan lalu lintas di Jepun mewajibkan mana-mana kenderaan yang berada di atas jalan raya untuk membuka laluan dengan menganjak ke sebelah kiri jalan sekiranya bertemu dengan kenderaan kecemasan seperti ambulans dan trak bomba yang sedang membunyikan siren.

YDPA kita juga beberapa kali berhenti bantu mangsa kemalangan

Namun pemerintah kita juga tidak kurang hebatnya!

Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sendiri beberapa kali mencemar duli menghentikan konvoinya untuk membantu mangsa kemalangan di jalan raya.

Kejadian yang berlaku beberapa kali itu membuatkan baginda turut disanjungi rakyat dan media tempatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.