
Ulas Insiden Guna Loghat Nogori, Netizen Terhibur Dengan Telatah Lelaki Ini
Kelihatan pemandu Grab itu sangat sabar dalam menangani keadaan ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Insiden kemalangan adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dijangka bila ia akan berlaku.
Oleh itu, kebanyakkan pengguna yang memiliki kenderaan memilih untuk menggunakan kamera dashcam sebagai bahan rujukan jika berlakunya insiden.
Baru-baru ini, tular di Twitter rakaman dashcam yang menunjukkan seorang lelaki yang menunggang motosikal secara melawan arus di satu jalan sehala.
Walau bagaimanapun, perkongsian yang dimuat naik oleh Badan Pemantau Jenayah ini telah mencuit hati warganet dek kerana suara latar di dalam video berkenaan.
Ulas menggunakan loghat Negeri Sembilan
Menerusi video, pemilik suara latar yang dikenali sebagai @amzarjohari90 telah mengulas insiden yang berlaku di belakang kenderaannya dengan menggunakan loghat daripada Negeri Sembilan.
@amzarjohari90 abg grab paling penyabar dlm malaysia.. terbaik bang smoga murah rzki.. #grab #grabcar
♬ original sound – AmzarJohari – AmzarJohari
Telatahnya yang bersahaja dalam mengulas video tersebut, telah membuatkan warganet terhibur.
Dalam video itu, kelihatan sebuah motosikal yang melanggar pintu sisi sebuah kereta Grab berjenama Perodua Alza yang berhenti di bahu jalan untuk menurunkan penumpangnya.
Sejurus melihat insiden itu, @amirjohari90 segera turun dari kenderaannya dan memberitahu kepada pemandu Grab bahawa kenderaannya telah dilanggar oleh motosikal itu.
Kemudian, pemandu Grab itu segera bertemu dengan penunggang motosikal berkenaan untuk bertanya tentang kejadian yang sudah berlaku.
Tambah @amirjohari90, sekiranya penunggang itu tidak mengaku bersalah dia sedia memberi kerjasama dengan memberi rakaman daripada dashcam milik keretanya kepada pemandu Grab itu sebagai bahan bukti.
Penunggang motosikal buat permohonan maaf
Menerusi video lain yang dimuat naik oleh @amzarjohari90, setelah ditegur akan kesalahanya yang melawan arus itu, penunggang tersebut turut memohon maaf kepada pemandu Grab itu sebelum meninggalkan tempat kejadian.
@amzarjohari90 Reply to @era.je ok part 2 smbungan permohonan maaf si pelaku.. #grab #grabcar
♬ original sound – AmzarJohari – AmzarJohari
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dan hanya terdapat sedikit kerosakkan pada kereta pemandu Grab berkenaan sahaja.