fbpx
Now Reading
Polis Thailand Temui Video CCTV Baru Babitkan Kematian Tangmo Nida

Polis Thailand Temui Video CCTV Baru Babitkan Kematian Tangmo Nida

Kelibat tersebut dikesan sebelum aktres berkenaan dilaporkan terjatuh ke dalam sungai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Thailand dilaporkan telah memperoleh satu bukti terbaru berkaitan kematian pelakon terkenal Thailand, mendiang Tangmo Nida.

Menerusi laporan Bangkok Post, pasukan penyiasatan telah menemui satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari sebuah bangunan yang terletak di tepi Sungai Chao Phraya.

Pesuruhjaya Polis Wilayah 1 Pol Lt Gen Jirapat Phumichit berkata, bukti berkenaan penting bagi pihaknya dalam membantu menyelesaikan kes itu.

Menerusi rakaman tersebut, jelas kelihatan terdapat kelibat seseorang yang sedang duduk dan berdiri di belakang bot laju sekitar jam 10:34 pada malam kejadian.

Kelibat tersebut dikesan sebelum aktres berkenaan dilaporkan terjatuh ke dalam sungai.

Pihak polis bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada individu di dalam rakaman berkenaan adalah Tangmo.

Difahamkan pasukan penyiasat akan mendapatkan bantuan daripada pakar dari syarikat produksi bagi mempertingkatkan kualiti video selain memeriksa koordinasi GPS bot laju itu.

Dalam perkembangan berbeza, pihak berkuasa juga akan menubuhkan satu panel khas bagi melakukan satu lagi bedah siasat ke atas mayat Tangmo Nida di atas permintan ibunya.

Menurut Pengarah Pusat Sains Forensik dari Kementerian Kehakiman Pol Col Songsak Raksaksakul, pembedahan tersebut akan turut melibatkan beberapa pakar dari institusi lain.

“Mayatnya akan diletakkan di Hospital Universiti Thammasat dan pemeriksaan semula dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tidak kurang dari 30 hari.

“Mayat sepatutnya dibakar pada hari sabtu yang lalu, namun ibunya telah meminta pegawai penyiasat untuk memindahkan mayat ke institusi forensik bagi bedah siasat semula,” kata Songsak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.