Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Tikus merupakan haiwan yang tergolong dalam kategori haiwan mamalia.
Ia juga diklasifikasikan sebagai haiwan perosak serta lebih membahayakan lagi, haiwan ini boleh menyebabkan berlakunya penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung.
Terbaharu, menerusi satu perkongsian video di TikTok yang dimuat naik oleh @dayanaradzuan menunjukkan seekor tikus yang berkeliaran di bawah salah satu katil di dalam wad kanak-kanak.
Menurut @dayanaradzuan, video itu telah dikongsikan oleh kakaknya yang kini berada di wad berkenaan kerana sedang menemani anak beliau yang dijangkiti Covid-19.
Tiada sebarang tindakan dilakukan
Dakwa wanita ini, aduan sudah pun dilakukan kepada pihak hospital namun belum ada sebarang tindakan yang dilakukan.
Walau bagaimanapun, kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah hospital di selatan tanah air.
Kalau saya dekat situ pon risau
Meninjau di bahagian komen, rata-rata warganet turut terkejut dan risau serta ada juga yang berkongsi pengalaman mereka berjumpa dengan haiwan perosak itu ketika berada di hospital.
Pernah teman tok, baru nak letak kepala tikus lalu
Ibu-Ibu naik atas katil bersama dengan anak kerana tikus
Sehubungan itu, orang ramai turut meminta agar pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan selanjutnya.
Setakat ini, video ini telah mendapat sebanyak 417.5 ribu tontonan, 22.0 ribu tanda suka, 1310 komen serta 590 perkongsian di aplikasi TikTok.