fbpx
Now Reading
Dikritik Hebat Kerana Ambil Kaklong 7E Jadi Tetamu Jemputan, Ini Respon TV AlHijrah

Dikritik Hebat Kerana Ambil Kaklong 7E Jadi Tetamu Jemputan, Ini Respon TV AlHijrah

TV AlHijrah memaklumkan pihak mereka juga akan menangguhkan penyiaran program ‘Trending’ yang menampilkan Kak Long 7E.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, stesen penyiaran TV AlHijrah menjadi topik hangat netizen selepas mereka menjemput seorang wanita tular yang dikenali sebagai Kak Long 7E untuk menjadi tetamu khas bagi satu program mereka.

Apa yang menjadi persoalan orang ramai ialah pemilihan wanita berkenaan yang disifatkan tidak tepat kerana dia sebelum ini pernah menimbulkan kekecohan di dua tempat berbeza iaitu di kedai 7 Eleven dan juga di sebuah restoran makanan segera.

Pemilihan tersebut sekaligus menyebabkan TV AlHijrah dikecam hebat sehingga ada yang merasakan tindakan tersebut hanyalah untuk menumpang popular dalam menaikkan rating program mereka.

Mula dikongsikan di Twitter, isu ini kemudian menular dan menjadi sohor di platform lain selepas dikongsikan oleh beberapa pengguna.

AlHijrah tangguhkan program Trending

Menyedari kegelisahan yang timbul, TV AlHijrah kemudiannya tampil memaklumkan bahawa pihak mereka akan menangguhkan penyiaran program Trending yang akan menampilkan Kak Long 7E.

Tambah TV AlHijrah, kehadiran Kak Long 7E sebagai tetamu program tersebut sebenarnya adalah bagi membincangkan isu tanggungjawab pengguna media sosial selain memberi pengajaran agar tidak berkongsi apa sahaja di media sosial.

“Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long 7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial,” kata kenyataan tersebut.

Mereka dalam masa sama turut berterima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.