fbpx
Now Reading
Ganjaran Untuk Jaga Dalam Pantang, Isteri 19 Tahun Hadiahkan Suami Lamborghini [Video]

Ganjaran Untuk Jaga Dalam Pantang, Isteri 19 Tahun Hadiahkan Suami Lamborghini [Video]

Menurut Ayuni, hadiah ini adalah satu tanda penghargaan terhadap suaminya itu selain ganjaran agar dia menjaganya ketika berpantang kelak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama pengasas produk Vitamilk, Anes Ayuni sebelum ini sudah beberapa kali menjadi topik perbualan netizen.

Jika dahulu namanya menjadi bualan kerana menerima hadiah kereta Lamborghini dari suami gara-gara mengidam, Ayuni kemudian sekali lagi menjadi perhatian selepas berbelanja besar dalam menyediakan kelengkapan bayinya yang bakal dilahirkan.

Terbaharu, dia yang sedang sarat hamil sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila ‘membalas’ pemberian suaminya dengan menghadiahkan sebuah kereta Lamborghini Huracan Evo berwarna Turquoise yang berharga RM2 juta.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Ayuni telah berkongsi video di mana dia melakukan kejutan kepada suaminya yang juga adik kepada usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

@ayunieso24 #ad Bagi awl2 hadiah utk jaga sy dlm Pantang nnti 😘 Terima kasih suami , besar mana pun nilai hadiah ni takkan dapat balas kebaikan awk #fyp #ad #vitamilk ♬ Dengarkan Sayang – Kangen Band

Menurut Ayuni, hadiah ini adalah satu tanda penghargaan terhadap suaminya itu selain ganjaran agar dia menjaganya ketika berpantang kelak.

“Bagi awal-awal hadiah untuk jaga saya dalam pantang nanti. Terima kasih suami, sebesar mana pun nilai hadiah ini, (ia) takkan dapat balas kebaikan awak,” tulis Ayuni pada ruangan kapsyen.

Menerusi laporan mStar, dia memilih melakukan kejutan ini lebih awal kerana khuatir tidak dapat merealisasikannya semasa berpantang. Ini kerana dia akan ‘berkampung’ di rumah keluarganya di Pasir Mas, Kelantan selama 100 hari ini selepas bersalin.

“Saya beri hadiah awal sebab masa berpantang nanti tak boleh pergi jauh-jauh. Ikut perancangan, saya akan berpantang di rumah keluarga saya di Pasir Mas, Kelantan.

“Mengikut amalan berpantang yang sering dilakukan oleh keluarga saya di Kelantan, tempohnya sehingga 100 hari. Maka tiga bulanlah suami kena ikut saya ‘berkampung’ di rumah mak ayah saya,” kata Ayuni.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.