fbpx

Kenapa Kebanyakan Kereta Perodua Seperti Myvi Boleh Redah Banjir? Ini Sebabnya

Bukan sekali dua, sebaliknya sudah banyak kali tular video memaparkan kemampuan Myvi meredah banjir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini kita kerap dikejutkan dengan insiden banjir di beberapa kawasan di dalam negara.

Lebih merisaukan orang ramai apabila fenomena ini turut berlaku di kawasan yang sebelum ini jarang ditimpa banjir menyebabkan banyak kenderaan terkandas atau lebih teruk lagi tenggelam dan dihanyutkan air deras.

Namun apa yang mencuri tumpuan orang ramai adalah kemampuan kereta-kereta keluaran Perodua khususnya Myvi yang dilihat lebih berkebolehan meredah banjir berbanding kenderaan lainnya.

Menerusi TikTok, seorang pengguna @m3ghub telah berkongsi kepada orang ramai apakah faktor yang menyebabkan kereta Myvi kerap berjaya mengharungi banjir. 

Menurut MegHub, ini disebabkan kedudukan lubang air intake (komponen ambilan udara) kenderaan tersebut yang agak tinggi iaitu berada di atas enjin berbanding kenderaan lain.

@mg3hubyt Kenapa kebanyakan kereta perodua boleh redah banjir? Ini sebabnya! #fypシ #fypage #fyyyyyyyyyyyyyyyy #myvi #banjir2022 ♬ original sound – mg3hub

Justeru sebagai persediaan, orang ramai digalakkan untuk memeriksa di manakah kedudukan air intake kenderaaan mereka sebelum secara semberono meredah banjir bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada kereta.

Menerusi video sama, dia turut menunjukkan cara mengetahui tahap kemampuan sesebuah kereta dalam meredah air banjir iaitu dengan mengukur ketinggian lubang air intake tersebut. Hasil ukuran tersebut dia mendapati Perodua Axia mampu meredah air sehingga 2.5′.

Ia dilihat jauh lebih tinggi berbanding kenderaan lain yang mana lubang air intake mereka berada di bahagian depan sekaligus memudahkannya dimasuki air.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.