
Wanita Pelik Temui Darah Berbentuk Tangan Di Tepi Katil
“Bangun tidur buka mata terus pandang darah, bila periksa tapi takde darah pun,” – Alia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi wanita jika terdapat kesan tompokan darah di tempat tidur apabila bangun pada waktu pagi ia berkemungkinan kesan daripada darah haid dan ini adalah satu situasi yang normal.
Namun, seorang wanita di laman twitter iaitu @ddgafdat atau lebih dikenali sebagai Alia berasa pelik apabila dia menemukan kesan tompokan darah yang bukan miliknya.
bangun pagi tadi aku nampak darah ni aku pikir ni darah period ke apa tapi bila check ni bukan darah period . lepastu sebab dia nampak kesan macam tangan , aku check tangan ngan kaki aku kot ada kesan tu . bila aku check takde jugak . sebelah katil macam diseret kebawah katil weh pic.twitter.com/YOHznIj4Qg
— 𝘓𝘺𝘢𝘢 (@ddgafdat) March 11, 2022
Nampak kesan darah ingatkan darah haid
Menurut Alia, dia menyedari kewujudan tompok darah itu selepas bangun tidur pada (Jumaat), 11 Mac lalu.
Menyangkakan ia adalah darah haid, telahannya bagaimanapun meleset selepas menyedari tiada kesan darah pada anggota badannya.
“Bila aku periksa tangan dan kaki mungkin ada kesan darah, namun masih tiada apa-apa.
“Kesan darah yang berada di sebelah katil itu macam diseret ke bawah katil,” tulisnya di dalam Twitter.
Kesan tompokan darah itu bukan milik haiwan
Lebih mengelirukan lagi, kesan darah yang dijumpai itu juga bukan milik haiwan, kerana dia sama sekali tidak mempunyai haiwan peliharaan di rumah.
“Kalau nak cakap kucing atau tikus atau tikus mati ia adalah tidak masuk akal kerana di rumah ini tiada kucing mahupun tikus, serta tiada mana-mana ahli keluarga yang sedang haid atau luka masuk ke bilik ini,” jelasnya lagi.
Makhluk itu perhatikan awak dan kesan darah datang dari badan makhluk tersebut
Walau bagaimanapun, menerusi satu perbualan tangkap layar ada sumber yang memberitahu bahawa dia mungkin diperhatikan oleh sesuatu makhluk dan kesan darah itu datang daripada badan makhluk itu sendiri.
dia cuma kata mungkin, saya pun tak pasti pic.twitter.com/qgrqITUQPr
— 𝘓𝘺𝘢𝘢 (@ddgafdat) March 15, 2022
“Makhluk itu wujud dan ada di situ kerana kawasan rumah awak itu adalah kawasan makhluk itu mencari makanan.
“Pada malam itu, dia mungkin memerhatikan awak tapi tidak berbuat apa-apa, makhluk ini juga hidup dengan cara menghisap darah manusia,” kata sumber itu lagi.
Kejadian ini adalah satu peringatan
samada betul atau tak kejadian tu daripada makhluk ghaib , wallahu alam . saya ambik kejadian ni sebagai peringatan untuk saya yang makin lalai dengan dunia . lepas jadi benda ni dia datang satu kesedaran tau “) rasa hina sangat diri ni pic.twitter.com/KVtQYjZMX6
— 𝘓𝘺𝘢𝘢 (@ddgafdat) March 12, 2022
Walau bagaimanapun, dia beranggapan kejadian ghaib yang berlaku itu adalah sebagai satu peringatan agar dia tidak lalai dengan duniawi.
“Lepas jadi benda ni, datang satu kesedaran,” kata Alia.
Kredit gambar: Twitter (@ddgafdat) / Freepik