Tular Video Pengasuh Dera Dua Anak Jagaan, Netizen Mahu Pihak Berkuasa Ambil Tindakan[
Jelasnya, kesemua video insiden ini dirakam sendiri oleh anak tiri pengasuh terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malah polis juga sedang menunggu kebenaran Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek di mahkamah dalam masa terdekat.
Sejak semalam tular di Twitter beberapa video memperlihatkan aksi kejam seorang wanita dipercayai pengasuh yang memukul dan menampar seorang bayi lelaki yang difahamkan anak jagaannya.
Menerusi salah satu video tular, bayi berkenaan bukan sahaja ditampar dan dipukul di bahagian muka, malahan dia turut dihentak ke lantai meskipun sedang menangis teresak-esak akibat diperlakukan sebegitu rupa.
Selain bayi ini, seorang lagi kanak-kanak lelaki turut berdepan perkara sama apabila turut tular video memaparkan dia ditampar tanpa belas ihsan selain tangannya direntap secara paksa.
Difahamkan dua kanak-kanak ini merupakan adik beradik yang dihantar untuk dijaga oleh wanita berkenaan.
Didakwa mental, siap pukul guna sudip kayu
Tidak sekadar menggunakan tangan, pengasuh ini yang didakwa mengalami masalah mental turut dilihat memukul kanak-kanak itu menggunakan sudip.
Meskipun tidak kelihatan sosok tubuhnya, suara tangisan kanak-kanak ini dan bunyi pukulan sudip begitu jelas didengari.
Menurut individu yang memuat naik video berkenaan, insiden yang melibatkan pengasuh berusia lingkungan 50-an ini berlaku di sebuah rumah flat bersebelahan Universiti Sains Malaysia, Taman Utama Gelugor, Pulau Pinang.
Dirakam anak tiri pengasuh
Jelasnya, kesemua insiden ini dirakam sendiri oleh anak tiri pengasuh terbabit.
“Orang yang rakam tu adalah anak tiri kepada pengasuh. Umur 11 tahun. (Dia) kena dera jugak,” ciap wanita tersebut.
Penularan video-video ini ternyata menimbulkan kemarahan netizen, ramai menyifatkan tindakan wanita ini adalah keterlaluan dan mahu pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk segera mengambil tindakan.
Malah ramai merasakan dia sememangnya tidak layak menjaga budak kecil sekiranya ini sikap sebenarnya.
Baca artikel terkini :