fbpx
Now Reading
Tular Video Tikus, Hospital Di Seremban Tingkatkan Penjagaan Kebersihan

Tular Video Tikus, Hospital Di Seremban Tingkatkan Penjagaan Kebersihan

Menurut JKNNS, beberapa langkah penambahbaikan telah diambil bagi mencegah insiden tikus dari berulang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di TikTok perkongsian seorang wanita mengenai keadaan sebuah hospital kerajaan di Negeri Sembilan yang dipenuhi tikus liar di wad.

Jelas di dalam video tersebut kelibatan dua ekor tikus yang sedang merayap di bawah wad katil hospital yang menempatkan kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19.

Menurut wanita ini, video itu telah dikongsikan oleh kakaknya yang berada di hospital berkenaan kerana sedang menemani anak beliau.

Baca artikel berkaitan : Wanita Terkejut Lihat Tikus Berkeliaran Di Wad Kanak-Kanak [Video]

@dayanaradzuan

Dah complain dekat nurse pun tak layan ya kah kah

♬ original sound – Noor Kartini

Terbaharu, Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan serta-merta dan melakukan langkah penambahbaikan berhubung insiden yang berlaku di di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) itu.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid JKNNS beberapa langkah penambahbaikan telah diambil bagi mencegah insiden sama daripada berulang.

Ia termasuklah menambah kekerapan dalam jadual pembersihan dan kutipan sampah selain menitikberatkan penjagaan kebersihan di sekitar hospital khususnya di kawasan wad.

“Pihak konsesi penyelenggaraan hospital juga diarahkan mengenal pasti lokasi yang kerap didatangi tikus dan mempertingkatkan kuantiti pemasangan perangkap selain melakukan penjadualan kawalan makhluk perosak melalui aktiviti pemeriksaan rutin dan penyelenggaraan pencegahan terancang setiap hari dan bulan menggunakan kaedah bersesuaian,” katanya dalam satu kenyataan pada pagi Rabu, 16 Mac.

Tambah beliau lagi, Unit Entomologi dan Pest juga turut dilibatkan dalam menjalankan siasatan dan memberi khidmat nasihat teknikal bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pencegahan kerosakan serta kawalan makhluk perosak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

JKNNS turut menghargai maklum balas yang diberikan dan dari semasa ke semasa berusaha untuk memastikan keselesaan dan keselamatan orang awam yang mendapatkan rawatan di hospital adalah terjamin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.