“I Wish Adik Yang Datang” – Abang Pilu Wakili Arwah Adik Ambil Skrol Ijazah [Video]

Setiap para graduan pasti tidak sabar menanti majlis konvokesyen kerana disaat inilah ibu bapa serta keluarga bersama-sama meraikan kejayaan yang dimiliki setelah berhempas-pulas untuk yang terbaik.

Di hari bahagia itu juga kita dapat melihat wajah ibu bapa yang bangga dengan kita, ia juga adalah salah satu cara buat seorang anak untuk membalas jasa mereka yang telah banyak memberi sokong.

Namun keadan sedikit berbeza buat spenyanyi serta penulis lagu, Ryan Deedat yang hadir ke Majlis Konvokesyen di sebuah universiti swasta bagi mewakili adiknya yang sudah meninggal dunia.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ryan bukan sekadar hadir di majlis graduasi itu, malah telah naik ke atas pentas untuk mengambil skrol ijazah yang sepatutnya diterima Arwah Sharifah Nur Intan Sheifeeka.

@ryandeedat

how i wish adik i yg dtg for graduation. so proud of you my sister! first class honours #fyp

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Adik meninggal kerana barah otak tahap empat

Meskipun sedih kerana adiknya tidak dapat berada di hari istimewa itu, Ryan tetap meluahkan rasa bangga kerana arwah telah berjaya mendapatkan ijazah kelas pertama dengan kepujian.

Menurut Ryan, adiknya yang berusia 26 tahun itu telah pergi menghadap Ilahi pada Julai tahun lalu (2021) kerana menghidap barah otak tahap empat.

Seterusnya, dia berdoa agar arwah adiknya itu di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Lebih memilukan apabila Ryan di dalam video tersebut turut dilihat menunjukkan skrol tersebut di hadapan seorang wanita dipercayai ibunya yang sedang terlantar sakit.

“Nekmom bangun neknom tengok ni. Ika dapat degree,” tulisnya.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Meninjau di ruang komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sedih dan memberikan kata semangat buat Ryan agar terus kuat menghadapi ujian ini.

Allahuakbar arwah seorang anak dan adik yang hebat

Allah, bangganya seorang abang

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

20 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago