fbpx
Now Reading
Miss International Malaysia Gugurkan Status ‘Finalis’ Milik Peserta Yang Didakwa Tak Bangga Lahir Di Malaysia

Miss International Malaysia Gugurkan Status ‘Finalis’ Milik Peserta Yang Didakwa Tak Bangga Lahir Di Malaysia

Dengan ini, dia kini tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan gelaran berkenaan di mana-mana acara termasuk di media sosial meskipun pertandingan sudah pun tamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Miss International Malaysia Gugur Status ‘Finalis’ Milik Peserta Tak Anggap Diri Rakyat Malaysia

Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai kisah seorang finalis pertandingan ratu cantik, Miss International Malaysia (MIM) 2022 yang didakwa tidak patriotik malah langsung tidak menganggap dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia.

Kisah wanita yang dikenali sebagai Abby Lee ini mula menjadi perhatian orang ramai selepas seorang pengguna Facebook, Hui Yue berkongsi kepada orang ramai beberapa tangkap layar posting yang pernah dimuatnaik gadis tersebut di Instaram miliknya yang diilihat secara terang-terangan memperlekehkan Malaysia dan rakyatnya.

Bukan itu sahaja, dia di dalam tangkap layar tersebut turut bersikap rasis dan xenofobia terhadap mereka yang berasal dari negara Asia Selatan dan Asia Tengah.

Beberapa siri ‘pendedahan’ yang dilakukan Hui Yuey yang dipercayai kenalan terdekat gadis ini menyebabkan dia teruk dikecam termasuk di akaun media sosialnya sehingga ada yang mahukan dia dikenakan tindakan tatatertib oleh MIM.

Malah permohonan maaf dan penjelasan yang dilakukan Abby dilihat tidak meredakan keadaan.

Baca artikel berkaitan : Tak Bangga Lahir Di Malaysia, Finalis Miss International Malaysia Terima Kecaman Hebat

Terbaharu, MIM menerusi satu kenyatan mendedahkan sudah menerima penjelasan dari Abby berhubung isu yang tular. Dia memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa tuduhan berkenaan menerusi peguamnya.

Namun begitu, organisasi mereka telah memutuskan untuk menggugurkan status Finalis Miss Malaysia 2022 milik Abby di dalam pertandingan tersebut.

Dengan ini, dia kini tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan gelaran berkenaan di mana-mana acara mahupun dia media sosial meskipun pertandingan sudah pun tamat.

MIM bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar meneliti dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum berkongsikannya kepada orang ramai.

Ini kerana ada laporan palsu yang mendakwa wanita itu merupakan peserta yang terpilih sebagai Top 8 sekaligus lebih mencalarkan imej organisasi mereka.

Mereka dalam masa sama turut memohon maaf kepada orang ramai di atas isu yang timbul.

Sudah buang semua foto milik Abby

Carian kami turut mendapati mereka sudah menurunkan semua posting yang mempunyai foto Abby di dalamnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.