fbpx
Now Reading
“Rare Hadiah Dia” – Netizen Teruja Pengantin Dapat Kambing Sebagai Hadiah Kahwin [Video]

“Rare Hadiah Dia” – Netizen Teruja Pengantin Dapat Kambing Sebagai Hadiah Kahwin [Video]

Siapa sahaja yang menyangka akan menerima seekor kambing sebagai hadiah kahwin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila ada di antara rakan-rakan yang mahu mendirikan rumah tangga pasti kita tidak mahu melepaskan peluang untuk memberi hadiah sebagai tanda meraikan mereka.

Walaupun, hadiah ini tidak diminta oleh pengantin, namun kita tetap sahaja mahu memberinya untuk membantu pengantin yang baru hendak memulakan kehidupan bersama.

Kebiasaanya, pengantin akan menerima hadiah perkahwinan mereka dalam bentuk seperti wang, barangan rumah atau barang perkakas dapur.

Pengantin dapat seekor kambing sebagai hadiah kahwin

Namun, sedikit berbeza dengan pasangan yang tular di TikTok ini apabila dia menerima seekor kambing daripada rakannya sebagai hadiah perkahwinan.

Video tersebut telah dikongsikan oleh @denhsx yang menunjukkan telatah rakan pengantin malah lebih menarik lagi apabila kambing tersebut turut dipakaikan reben berwarna kuning di lehernya.

Melihat kepada reaksi pengantin dia menyambut hadiah yang diberikan itu dengan gelak ketawa kerana terhibur dengan telatah rakannya itu.

Menerusi di ruang komen, @denhsx turut menjelaskan hadiah tersebut telah diberi oleh seorang ‘tokey kambing’ dan menyifatkan pengantin tersebut sangat beruntung kerana mendapat kambing sebagai hadiah.

‘Risau kambing tu’

Meninjau ke ruangan komen rata-rata warganet turut teruja dengan hadiah yang diterima oleh pengantin itu malah ada juga yang berseloroh dan ada juga yang menyifatkan hadiah itu sebagai hadiah luar biasa.

Sangat rare, kambing mahal

Bagus juga dapat anak terus boleh buat akikah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.