fbpx
Now Reading
“Kakak Tak Dapat Fokus”- Netizen Tersentuh Lihat Guru Sanggup Tawar Diri Jadi Pengasuh [Video]

“Kakak Tak Dapat Fokus”- Netizen Tersentuh Lihat Guru Sanggup Tawar Diri Jadi Pengasuh [Video]

Rata-rata Netizen juga turut mendoakan guru ini dan mengucap tahniah atas tindakan yang terpuji itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah, kerana guru diberi amanah dan tanggungjawab untuk mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna di masa hadapan.

Malah guru juga sering diibaratkan seperti lilin yang membakar diri sendiri kerana pengorbanan yang sanggup dilakukan hanya untuk memastikan anak murid dapat menimba ilmu dengan baik.

Guru jadi pengasuh sambil mengajar

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang guru di sebuah sekolah menengah sanggup menjadi pengasuh untuk menjaga adik kepada pelajarnya.

@shukranalmasyhur

Pljr mintk izin bawak adik sbb x de yg jaga kat umah.Lpas tu dlm kelas kakak x dpt fokus..Last2 cikgu amik mengasuh sambil mngajar..Senyap dan behave je baby ni..Doakan pelajar saya cemerlang SPM. #fyp #fypシ

♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Video berdurasi selama 8 saat itu telah dikongsikan di TikTok @shukranalmasyur, dia yang juga dikenali sebagai Shukran merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan Geografi.

Menerusi kapsyen, Shukran memaklumkan bahawa pelajar perempuan itu telah meminta izin untuk membawa adik ke sekolah kerana tiada siapa di rumah untuk menjaganya.

“Dalam kelas kakak tak dapat nak fokus. Akhirnya cikgu ambil mengasuh sambil mengajar.

“Senyap dan baik sahaja bayi ini,” tulis Shukran dalam kapsyen.

Jadi guru perlu ada sikap toleransi

Menerusi ruang komen Shukran memberitahu tujuannya berkongsi video itu adalah untuk menunjukkan pengorbanan seorang kakak dalam menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia turut menyifatkan untuk  menjadi seorang guru perlu mempunyai sikap toleransi kerana pelajar juga berhadapan dengan pelbagai dugaan sehingga ada yang tidak terjangkau dek akal.

Walau bagaimanapun, Shukran turut meminta orang ramai untuk medoakan pelajarnya itu agar menjadi pelajar yang cemerlang dalam SPM.

‘Terbaik cikgu’

Meninjau ke ruang komen rata-rata netizen memuji tindakan guru itu yang sanggup berkorban demi pelajarnya.

Ada juga yang turut memuji tindakan pelajar perempuan itu kerana telah menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab.

Segelintir dari mereka turut berkongsi pengalaman mereka berdepan keadaan yang sama.

Sedihnya, Tahniah cikgu sebab jadi cikgu ‘outstanding’

Allah sebaknya, semoga berjaya dunia akhirat

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.