fbpx
Now Reading
Restoran ‘Sponsor’ Hidangan & Kek Selepas Tahu Pelanggan Tak Cukup Duit Sambut Birthday Anak [Video]

Restoran ‘Sponsor’ Hidangan & Kek Selepas Tahu Pelanggan Tak Cukup Duit Sambut Birthday Anak [Video]

Menerusi video yang tular, Cik Panumas dan kakitangan turut dilihat mengelap airmatanya dipercayai terlalu sebak dengan situasi tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar seorang bapa, tentu saja semua dari kita sanggup melakukan apa sahaja demi anak tercinta.

Ada yang mengorbankan masa, tenaga dan wang demi membesarkan si anak, malah ada juga yang sanggup berlapar asalkan si anak cukup makan.

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Thailand apabila dia mahu meraikan hari jadi anaknya dengan hidangan kegemarannya, shabu-shabu, sejenis hidangan hotpot Jepun di sebuah restoran di daerah Wang Chan, Rayong yang diberi nama sebagai Halo Shabu pada Sabtu lalu (18 Mac).

Namun kerana wang yang dimilikinya hanya cukup untuk hidangan satu kepala, dia telah meminta anak perempuannya itu untuk makan seorang diri sementara dia duduk menunggu di luar restoran tersebut.

Si anak bagaimanapun tidak bersetuju kerana dia mahu meraikan hari istimewa itu dengan makan berdua lantas mengajak ayahnya untuk pulang.

Pelayan terdengar perbulan & maklum pada majikan

Namun bagai sudah tertulis, perbualan anak-beranak ini didengari oleh seorang pekerja Halo Shabu. Dia kemudian bergegas memaklumkan perkara berkenaan kepada majikannya, Panumas B. Sroitong.

Mereka kemudian lantas menghalang dua beranak ini yang sudah berada di pintu kedai dan meminta mereka untuk duduk semula untuk diberikan hidangan secara percuma.

Agak terkejut dengan tawaran berkenaan, si bapa bagaimanapun kembali berjalan dan duduk di meja makan mereka tadi.

Siap beri kejutan kek

Namun siapa menyangka, cik Panumas bukan setakat menawarkan hidangan secara percuma. Dia sebaliknya mengarahkan seorang pekerja restoran untuk membelikan kek sebagai hadiah hari jadi buat kanak-kanak perempuan itu.

Si bapa yang terharu kemudian dilihat menepuk tangannya sewaktu pelayan berkenaan menghampiri meja mereka dengan kek di tangan.

Malah mereka dilayan seperti seorang VIP apabila pelayan dan pemilik restoran berkali kali mengunjungi meja.

Menerusi video yang tular di TikTok, Cik Panumas dan kakitangan turut dilihat mengelap airmatanya dipercayai terlalu sebak dengan situasi tersebut.

@user2104443380711

วันเกิดลูกๆอยากกินชาบูพ่อตังไม่พอเลยให้ลูกเข้าไปกินคนเดวเจ้าของเค้าสงสารเลยจัดวันเกิดให้เด็ก

♬ เสียงต้นฉบับ – บอล.เด็กยอง

Tindakan murni pemilik restoran ini ternyata menarik perhatian netizen di sana. Mereka kemudian membanjiri ruangan komen Facebook Cik Pamunas dengan simbol love dan tanda suka.

Malah kisah ini turut mendapat liputan meluas dari media tempatan. Ramai yang memuji cara mereka menyantuni pelanggan berkenaan.

Malah ramai meluahkan rasa sebak apabila melihat satu lagi video di mana kanak-kanak berkenaan dilihat begitu gembira dan memeluk eratnya ayah sewaktu keluar dari kedai.

“Saya dapat merasakan betapa sayangnya dia terhadap anak perempuannya itu,” kata Cik Panumas dipetik dari Bagkok Post.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.