fbpx
Now Reading
Logo Yang Hampir Sama, Rusia Buka Jenama Burger ‘Uncle Vanya’ Sebagai Ganti McDonald’s

Logo Yang Hampir Sama, Rusia Buka Jenama Burger ‘Uncle Vanya’ Sebagai Ganti McDonald’s

Bukan setakat logonya yang sama dan hanya diterbalikkan, kombinasi warna juga dilihat menyamai warna McDonald’s.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, syarikat rangkaian makanan segera, McDonald’s telah mengumumkan penutupan operasi di semua cawangan mereka di seluruh Rusia.

Penutupan operasi secara sementara yang melibatkan hampir 850 cawangan itu dilakukan sebagai membantah tindakan Rusia melakukan serangan ke atas Ukraine.

Keputusan drastik tersebut menimbulkan situasi panik di kalangan penggemar McDonald’s di Rusia apabila ramai mula berpusu-pusu mendapatkan hidangan seperti Big Mac buat kali terakhir sebelum operasi dihentikan pada Isnin, 14 Mac.

Namun siapa sangka, tidak sampai seminggu penghentian operasi tersebut, Rusia dilaporkan telah melakukan tindak balas luar biasa apabila merancang menggantikan McDonald’s dengan sebuah restoran perniagaan burger tempatan iaitu Uncle Vanya.

Menurut laporan Washington Post, pegawai tertinggi kerajaan Duma, Vyacheslav Volodin sebelum ini telah telah mencadangkan pengambialihan McDonald’s oleh Unce Vanya.

“Mereka umumkan bahawa mereka akan tutup . Okay, silakan tutup. Tapi esok lokasi tersebut tidak akan ada McDonald’s lagi, hanya akan ada Uncle Vanya sahaja.

“Pekerjaan mesti dipelihara dan harga (makanan) dikurangkan,” kata Volodin.

Lebih mencuri tumpuan apabila satu permohonan cap dagangan mirip Golden Arches iaitu logo McDonald’s telah difailkan dengan perkataan Uncle Vanya pada 12 Mac yang lalu.

Bukan setakat logonya yang sama dan hanya diterbalikkan, kombinasi warna juga dilihat menyamai warna McDonald’s.

Penularan permohonan tersebut menguatkan lagi pandangan bahawa negara itu kini bersedia melakukan apa sahaja demi membalas sekatan yang dikenakan terhadap mereka.

Sebagai info, McDonald’s mula bertapak di Rusia pada 1990 selepas berakhirnya Perang Dingin. Sewaktu pembukaannya pada 30 tahun lalu, ribuan warga Rusia menyambut baik sehingga sanggup beratur panjang di luar restoran kerana tidak sabar untuk mencuba makanan segera dari Barat itu. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.