fbpx
Now Reading
Tertinggal Gigi Palsu, Pelanggan Dicari Pemilik Restoran

Tertinggal Gigi Palsu, Pelanggan Dicari Pemilik Restoran

Difahahamkan mereka sehingga kini masih belum menemui siapa pemilik set gigi palsu itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita semua pasti pernah mengalami situasi seperti tertinggal barang di restoran. Perkara seperti ini sebenarnya sering kali berlaku dan kebiasaanya pihak restoran akan menyimpan barang tersebut sehingga tuan empunya barangan itu datang.

Hal ini turut berlaku di sebuah restoran di Oldham, England apabila pemiliknya menjumpai gigi palsu di kedai berkenaan dan meminta agar pelanggan ‘tersebut’ untuk mengambil semula gigi palsu itu, lapor akhbar Mirror UK pada 21 Mac.

Temui gigi palsu di lantai restoran

Pemilik restoran The Barclay yang dikenali sebagai Emma Whelan telah berkongsi gambar menunjukkan gigi palsu yang telah disimpan di dalam satu beg plastik.

Menurut Emma Whelan, set gigi palsu itu telah ditemui oleh penyelianya di lantai restoran berhampiran kawasan bar.

Prihatin yang gigi itu mungkin penting untuk pemiliknya, penyelia itu kemudian memasukkannya ke dalam beg plastik atas faktor keselamatan dan kebersihan.

Penyelianya itu turut melabel beg plastik berkenaan sebagai ‘Teeth – Saturday, 19 March 2022’.

Muat naik di Facebook & Instagram untuk cari pemilik gigi palsu

Untuk mencari pemilik gigi berkenaan, Emma kemudian telah memuat naik foto tersebut di dalam laman Facebook dan Instagram milik restorannya.

“Kami menjumpai banyak barang di Barclay, kami mempunyai kunci rumah, telefon, malah sebelah kasut (dia mungkin pulang ke rumah dengan melompat), namun ini adalah sesuatu yang baru.

“Jadi jika anda kehilangan gigi, ya gigi! Sila hubungi kami dan kami akan menyimpannya dengan selamat,” kata Emma Whelan.

Menurutnya, ia merupakan malam yang sangat sibuk dan mereka menemukan set gigi palsu itu ketika lewat malam.

Rata-rata netizen menyebut nama rakan mereka

Walau bagaimanapun, menurut Emma sehingga kini gigi palsu itu masih belum dituntut oleh sesiapa.

Posting yang dikongsikan Whelan bagaimanapun menjadi tular dan menjadi bahan jenaka apabila ramai netizen dilihat menyebut nama rakan masing-masing seolah-olah mereka adalah pemiliknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.