fbpx
Now Reading
Hasrat Neelofa Hasilkan Al-Quran Beridentiti Sendiri Tercapai

Hasrat Neelofa Hasilkan Al-Quran Beridentiti Sendiri Tercapai

Alhamdulillah, penantian selama dua tahun telah membuahkan hasil apabila hasrat untuk menghasilkan Al-Quran beridentiti sendiri berjaya terlaksana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selebriti dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa memanjatkan rasa syukur apabila hasratnya yang tertangguh selama dua tahun untuk mencetak Al-Quran bagi tujuan wakaf akhirnya terlaksana.

Memetik laporan Utusan, Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) telah bekerjasama dengan Yayasan Restu kini telah berjaya mencetak 1,000 naskah Al-Quran beridentiti sendiri.

Sudah lama rancang namun progres perlahan

Menurutnya, perancangan untuk menghasil serta mencetak Al-Quran ini sudah lama, namun progresnya agak perlahan kerana ingin mencari pencetak yang mencapai kriteria yang dimahukan.

“Akhirnya kami bertemu dengan Yayasan Restu yang memiliki pengalaman yang luas dalam bidang seni mushaf dan kesenian islam melebihi 30 tahun.

“Yayasan tersebut juga menguruskan Kompleks Nasyrul Quran iaitu Pusat Pencetakkan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia,” jelasnya.

Menurutnya juga Al-Quran itu adalah istimewa kerana mempunyai ciri khas dengan rekaan Kiswah Kaabah yang menggunakan konsep mushaf mufiq.

Al-Quran mempunyai ciri imbasan QR code

Tambahnya, Mufiq bermaksud isi Al-Quran mudah difaham kerana Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca bahkan ia adalah ensiklopedia lengkap mengenai Al-Quran al karim.

Lebih menarik, Al-Quran ini juga mempunyai atlas dengan ciri imbasan QR code di mana pembaca boleh mengetahui akses tentang lokasi dan kejadian dalam surah tertentu.

Sasar 30,000 untuk jualan Al-Quran

Neelofa berkata, pihaknya dan PKN menyasarkan lebih 30,000 untuk jualan Al-Quran dan ia boleh dibeli bagi tujuan wakaf ke pusat tahfiz, masjid atau surau.

Menurutnya lagi Al-Quran yang dijual dengan harga RM200 ini tidak dijual di luar dan ia hanya boleh didapatkan menerusi PKN dan pihaknya juga boleh membantu jika ingin membuat sumbangan di mana-mana madrasah, surau, pusat tahfiz serta kepada sesiapa yang memerlukan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web Yayasan Restu atau Nasyrul Quran Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.