Wanita Tak Pakai Mask Buat Kecoh Kerana Dihalang Masuk Sogo [Video]

Dua tahun yang lalu ketika virus Covid-19 baru melanda negara, kerajaan telah mengumumkan penggunaan pelitup muka di kawasan umum adalah wajib kepada setiap individu.

Pada awalnya, mungkin ada di antara kita yang merasakan perkara itu adalah sukar untuk dilakukan.

Namun setelah menjalani kehidupan selama dua tahun dalam keadaan pandemik kita kini sudah mulai terbiasa dengan ketetapan itu.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada juga segelintir individu yang degil dan tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam yang kebiasaanya digelar ‘Karen’.

Dihalang masuk sogo kerana tak pakai pelitup muka

Terbaharu, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @ril.qeem menunjukkan seorang wanita tidak dibenarkan masuk ke pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur.

@ril.qeem

R u working for US? BAHAHAH he’s working for sogo laaa 😭😭🤣🤣

♬ original sound – 𝘈𝘫𝘪𝘮𝘰𝘯🕊 – 𝘈𝘫𝘪𝘮𝘰𝘯🕊

Menerusi video itu, kelihatan wanita itu disekat oleh pekerja dan polis bantuan yang ada di situ kerana dia tidak memakai pelitup muka.

‘Adakah anda bekerja untuk Amerika Syarikat?’

Dia yang berang dengan perkara itu, telah menengking pekerja dan polis bantuan berkenaan sambil bertanya “Adakah anda bekerja untuk Amerika Syarikat?”

“Saya tanya adakah awak bekerja di bawah Biden (Presiden Amerika Syarikat)?” tanya wanita itu berulang kali.

Namun, tindakan wanita itu tetap tidak mengubah keputusan pekerja dan polis bantuan itu apabila pihak itu tetap bertegas untuk tidak membenarkan wanita itu masuk.

Apalah susah sangat nak ikut SOP pakai pelitup muka

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet telah mengecam tindakan wanita itu dan menyatakan adakah susah untuk mengikut SOP yang telah ditetapkan?

Ada juga menyatakan adakah wanita itu telah tersalah tarikh kerana 1 April belum bermula untuk berpindah ke fasa endemik.

‘Dia salah tarikh tu, belum 1 April fasa beralih ke fasa endemik’

‘Saya ternampak dia ketika pulang kerja di hadapan balai polis’

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago