fbpx
Now Reading
Dikecam Seolah Berkira, PU Riz Perjelas Maksud Ayat ‘Tak Akan Saya Pula Nak Angkat Beras’

Dikecam Seolah Berkira, PU Riz Perjelas Maksud Ayat ‘Tak Akan Saya Pula Nak Angkat Beras’

Malah dia turut menekankan bahawa seorang lelaki wajib menyediakan tempat tinggal sebagai persediaan sebelum berkahwin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail hangat diperkatakan di laman Twitter.

Semuanya gara-gara penularan satu video sewaktu beliau dijemput sebagai speaker sebuah program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menerusi video tersebut, PU Riz dilihat sedang memberikan tips dan ulasan tentang rumah tangga.

Namun kenyataan yang dikeluarkannya sewaktu mengulas topik tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang netizen.

“Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan, tapi kalau tak ada orang nak masak? Takkanlah saya pulak yang kena angkat beras, takkan saya pula kena belajar?” kata PU Riz di dalam video tersebut.

Sedar namanya menjadi sebutan, PU Riz kemudiannya tampil menerusi satu video di TikTok bagi memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, ulasan tersebut perlu didengari dengan hari yang terbuka. Apa yang dimaksudkan ialah isteri dianjurkan untuk memasak, namun sekiranya ada kekangan disebabkan kerja dan tanggungjawab di luar, ia bukanlah satu masalah.

“Sebenarnya bukan itu maksud dia. Kalau didengar betul-betul dengan hati terbuka, maksudnya adalah supaya isteri itu dianjurkan untuk memasak. Tapi kepada mereka yang bekerja, yang ada tanggungjawab di luar kalau tak sempat, tidak menjadi satu dosa dan masalah,” kata PU Riz.

Malah dia turut menekankan bahawa seorang lelaki wajib menyediakan tempat tinggal sebagai persediaan sebelum berkahwin.

“Berbalik kepada video ini, apa yang ingin disampaikan pertama adalah orang lelaki itu wajib menyediakan tempat tinggal. Kalau dia mampu menyediakan tempat tinggal tak kisah beli atau sewa, maka dia boleh berkahwin.

“Orang lelaki mesti bagi nafkah, kena infaq harta kepada isteri dan anak-anak. Itu maksud yang ingin disampaikan. Tidak boleh kita suruh isteri angkat beras yang berat masuk rumah. Itu perkara yang menzalimi,” kata PU Riz lagi.

@hrisbismail

Katannya nama dia pinokio

♬ original sound – Haris Ismail

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.