fbpx
Now Reading
Lelaki Dakwa Dilempar Plastik Berisi Air Kencing Oleh Pemandu Lori [Video]

Lelaki Dakwa Dilempar Plastik Berisi Air Kencing Oleh Pemandu Lori [Video]

Beliau bagaimanapun menjelaskan tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap pemandu lori tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, memandu di Malaysia bukanlah satu pengalaman yang menarik buat segelintir dari kita.

Meskipun rakyat Malaysia dikenali dengan sikap sopan santun dan berbudi bahasa, keadaan ini dilihat berbeza sebaik berada di atas jalan raya.

Terbaharu, tular di media sosial satu rakaman dashcam memperlihatkan aksi seorang pemandu lori membaling objek kearah pemilik dashcam di sebuah lebuh raya.

Lebih mengejutkan apabila pemilik dashcam itu mendakwa objek berupa plastik yang dicampak pemandu lori itu berisi air kencing.

Menerusi video berdurasi 35 saat itu, pemilik dashcam, Muhammad Saifulzaman Sabirin dilihat sedang memandu dan cuba memotong sebuah lori sebelum dia secara tiba-tiba dilempar objek berkenaan.

Terkejut dengan insiden itu, dia kemudian meminta pemandu lori berkenaan untuk berhenti. Permintaannya itu bagaimanapun tidak dilayan.

“Aku tak tau dia kenapa, ngam sampai sebelah dia, dia buka tingkap terus lempar. Ajak berhenti taknak.

“Kami berhenti di Pusat Rehat dan Rekreasi (R&R) dan sahkan itu air kencing,” tulisnya di Facebook.

Insiden berlaku di LPT, sebelum RnR Temerloh

Saifulzaman ketika dihubungi berkata, insiden berlaku sebelum RnR Temerloh, di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada jam 12.42 tengahari, Selasa (23 Mac) lalu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap pemandu lori tersebut.

“Saya pun tak berniat apa-apa (muat naik video), cuma sekadar ingin berkongsi. Harap pihak netizen tidak salah erti kerana saya tidak berdendam dengan sesiapa.”

Kata Saifulzaman kepada BuzzKini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.