fbpx
Now Reading
Twitter Perkenal Ciri Baharu, Pengguna Kini Boleh Hasilkan GIF Sendiri

Twitter Perkenal Ciri Baharu, Pengguna Kini Boleh Hasilkan GIF Sendiri

Anda kini boleh menggunakan ciri baharu yang diperkenalkan oleh Twitter dan menghasilkan pelbagai GIF mengikut kreativiti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan GIFs semakin kerap digunakan di kebanyakan laman media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan juga Twitter. GIFs ini juga bertindak sebagai gambaran kepada reaksi seseorang terhadap sesuatu mesej.

Terbaharu, Twitter mengumumkan telah menambah satu ciri baharu di mana pengguna boleh membina GIFs mereka sendiri menerusi laman media sosial itu.

Dengan wujudnya ciri baharu ini anda juga boleh menghasilkan GIF mengikut kreativiti anda sendiri.

Hanya boleh digunakan oleh pengguna iOS sahaja

Twitter menerusi ciapan memaklumkan bahawa buat masa ini penggunaan ciri baharu itu hanya boleh digunakan oleh peranti iOS sahaja.

Ia bagaimanapun, akan tersedia untuk pengguna Android kelak.

Bagaimana cara untuk membuat GIF anda sendiri di Twitter?

Untuk membuat GIF ini, anda hanya perlu buka aplikasi Twitter kemudian tekan pada butang ‘+’ seterusnya tekan butang ikon kamera dan pilih GIF. Seterusnya tangkap gambar dan cipta GIF dan anda dah boleh kongsikan di Twitter.

Lebih menarik lagi GIF yang telah dicipta akan disimpan secara automatik ke dalam galeri telefon anda dan anda juga boleh berkongsi GIF anda kepada rakan-rakan atau di laman media sosial yang lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.