fbpx
Now Reading
“Haih Dugaan Lagi” – Rider Grab Pening Kepala, Terima Pesanan Pelik Dari Pelanggan [Video]

“Haih Dugaan Lagi” – Rider Grab Pening Kepala, Terima Pesanan Pelik Dari Pelanggan [Video]

Walau bagaimanapun, sehingga kini netizen masih menunggu video bagi bahagian ke dua daripada akaun TikTok @d4ddy5 berkenaan insiden itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika menggunakan aplikasi Grab pasti semua sudah tahu bahawa kita bukan sahaja boleh membuat pesanan penghantaran makanan malah kita juga boleh membuat pesanan penghantaran barangan.

Apabila sudah membuat pesanan anda juga boleh meninggalkan nota pesanan kepada penghantar, kebiasaanya pelanggan akan meninggalkan pesanan seperti ‘tinggalkan pesanan di depan pintu’ atau ‘hubungi nombor ini jika sudah sampai’.

Namun, tidak dinafikan kadangkala terdapat juga pesanan yang mengelirukan atau pelik yang diterima oleh para penghantar Grab.

Pekara sama turut dilalui seorang rider Grab apabila dia mendapat nota pesanan ’emergency’ yang memintanya untuk menghantar barang pesanan terus ke depan pintu rumah.

Pelanggan minta hantar tuala di depan pintu rumah

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh @d4ddy5 ini, dia telah diminta oleh pelanggan untuk menghantar terus ke rumah tuala yang dipesan oleh pelanggan dari sebuah pasaraya HeroMarket.

@d4ddy55 haih dugaan lagi 😌 #grabfood ♬ original sound – 🐤💛

“Boleh tak tolong hantar sampai depan pintu rumah. Saya ada emergency sangat nak guna,” tulis pelanggan itu.

@d4ddy5 menerusi di ruang kapsyennya menulis dugaan lagi, kerana dia terpaksa menghantar pesanan itu kepada pelanggan tersebut.

“Alamak macam mana ni, order towel tapi minta tolong hantar sampai atas. Kita mesti tolong punya,” kata @d4ddy5.

Dia bagaimanapun tetap menghantar pesanan itu dan menulis di ruangan komennya ‘nasib baik aman saya kuat’ dipercayai kesalahan ejaan yang sebenarnya bermaksud ‘Nasib baik Iman saya kuat’.

‘Part 2 please’

Perkongsian ini telah menarik perhatian orang ramai dan apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ingin mengetahui apa yang terjadi selepas pesanan itu di hantar dan ada juga yang mahukan video bahagian ke dua.

Tidak kurang juga ada yang bergurau nakal dengan menyatakan adakah penghantar Grab itu mendapat ‘happy ending’ dengan pelanggan berkenaan.

‘Happy ending ke? Apa cerita?’

Bukan pelik mana

Namun secara peribadi, kami merasakan permintaan pelanggan ini bukanlah pelik mana.

Ini kerana memang sudah menjadi lumrah untuk rider penghantaran melakukan servis menghantar pesanan dari kedai hinggalah ke pintu rumah pelanggan mereka tanpa mengira jenis item yang dipesan baik makanan hinggalah barangan harian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.