fbpx
Now Reading
KWSP Kongsi Cara Memohon Pengeluaran Khas RM10k. Pembayaran Secara One-Off Terus

KWSP Kongsi Cara Memohon Pengeluaran Khas RM10k. Pembayaran Secara One-Off Terus

Menurut KWSP, permohonan Pengeluaran Khas ini boleh dilakukan dari 1 April – 30 April.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan pengeluaran khas wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

KWSP menerusi satu perkongsian di media sosial kemudiannya memaklumkan kemudahan itu akan dibuka untuk ahli berumur 55 tahun ke bawah dan pembayaran akan mula dilakukan bermula 20 April 2022.

Terbaharu hari ini, KWSP menerusi satu kenyatan media telah pun mengumumkan langkah-langkah untuk memohon kemudahan berkenaan.

Boleh dilakukan bermula 1 April menerusi lawan KWSP dan aplikasi i-Akaun.

Menurut KWSP, permohonan Pengeluaran Khas ini boleh dilakukan mulai 1 April 2022 melalui :

1. Portal pengeluaran khas iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my
2. Juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun

Permohonan pengeluaran yang terbuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun (warganegara dan bukan warganegara) ini bagaimanapun hanya akan dibuka selama 1 bulan iaitu dari 1 April – 30 April 2022 manakala pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.

Secara one-off

Tambah KWSP, pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja iaitu secara one-off dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan (savings) atau semasa (current account) ahli.

Akaun syarikat atau akaun bersama adalah tidak dibenarkan.

“Ahli perlu memastikan bahawa akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri. Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan,” kata KWSP.

Semakan boleh dilakukan bermula 9 April

Semakan status permohonan pula boleh dibuat bemula 9 April 2022 melalui portal sama iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my

KWSP dalam masa sama turut menggalakkan ahli agar menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun (Ahli), aplikasi mudah alih i-Akaun, atau Kios KWSP sebelum mengemukakan permohonan.

“Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000, dan minimum RM50 dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka. Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka,” kata kenyataan itu lagi.

Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas ini boleh didapati di ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.mv Facebook, Twitter dan Instagram KWSP, atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848 bermula 1 April 2022.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.