fbpx
Now Reading
“Rindu Momen ini” – Netizen Teruja Lihat Pengantin Baharu Di Melaka Kena Siram Hingga Lencun [Video]

“Rindu Momen ini” – Netizen Teruja Lihat Pengantin Baharu Di Melaka Kena Siram Hingga Lencun [Video]

Difahamkan ini bukanlah satu adat tapi merupakan satu ikutan yang dilakukan untuk memeriahkan lagi suasana menyambut pengantin baharu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkahwinan merupakan satu kenangan manis buat setiap pasangan, kerana di saat itulah pengantin menjadi raja sehari yang dilayan dengan penuh istimewa.

Namun, ada juga ahli keluarga dan rakan-rakan yang mengambil kesempatan ini untuk bergurau dengan pasangan yang baru berkahwin ini.

Disiram sehingga lencun

Seperti yang terjadi pada pasangan ini apabila mereka disuruh masuk ke dalam sebuah tong ais dan kemudian disiram dengan air sehingga lencun.

Video tersebut telah dikongsikan oleh @iamnrlnzrh yang mengimbau kembali kenangan ketika ahli keluarganya menyiram dia dan suami dengan air sebaik usai majlis perkahwinan mereka.

@iamnrlnzrh

Kita throwback sikitlah mandi air ni lepas majlis haritu 😛 apa apa pun biarlah sis tarik baju laki sis dulu 🤣

♬ Selamat Pengantin Baru – Wann

“Kita throwback sikitlah mandi air ni lepas majlis hari itu, apa-apa pun biarlah sis tarik baju laki sis dahulu,” tulisnya di dalam kapsyen.

Apabila ditanya air apakah yang digunakan untuk menyiram pengantin, dia menerusi ruangan komen telah menjawab air itu merupakan air minuman yang berlebihan ketika majlis dan dicampur dengan kelapa parut serta air bilas periuk.

“Ni suka sesama family je, bukan adat”

@iamnrlnrzh turut memaklumkan bahawa gurauan itu hanya dilakukan untuk suka-suka sahaja di antara keluarga dan ia bukanlah satu adat tetapi sekadar satu ikutan.

“Ni suka-suka sesama family je, bukan adat ke apa tapi mostly orang Melaka & Johor ramailah buat macam ni.

“After dah kena macam ni mereka akan bagi air bersih untuk kita bilas, lepas tu pergilah basuh periuk pula,” tulisnya di ruangan komen.

Namun, tidak semua orang dari negeri berkenaan mengamalkan budaya sebegini sewaktu majlis perkahwinan kerana ia bergantung kawasan yang mereka duduki.

“Kat Melaka ni, adik saya habis kena calit arang’

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen teruja dengan gurauan itu dan ada juga yang menceritakan kisah mereka dan ada juga yang bersyukur kerana tidak kena begitu sewaktu hari perkahwinan mereka.

“Fuhh nasib baik nikah PKP”

“I orang Melaka, tapi kenapa tak tahu ada adat ni?”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.