fbpx
Now Reading
“Saya Rasa Lucu” – Dituduh Calit Minyak Dagu Hingga DSV Sakit, Ini Respon Iqbal Zulkefli [Video]

“Saya Rasa Lucu” – Dituduh Calit Minyak Dagu Hingga DSV Sakit, Ini Respon Iqbal Zulkefli [Video]

Iqbal menerusi kenyataan di dalam video tersebut bagaimanapun memaklumkan bahawa dia tidak terkesan dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahad lalu berakhirlah sudah program realiti Big Stage 2022 yang menyaksikan penyanyi kelahiran Sabah, Elica Paujin diangkat sebagai Juara.

Baca artikel berkaitan : Berjaya Ketepikan Danial Chuer dan Aisha Retno, Elica Paujin Juara Big Stage 2022

Namun siapa sangka sehari selepas melabuhkan tirai, Datuk Seri Vida (DSV) yang merupakan Presiden Netizen bagi program tersebut telah dimasukkan hospital dipercayai kerana kurang sihat.

Menurut seorang pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Aniq, DVS mengalami sakit perut dan mahu pitam.

Malah dia turut berkongsi video memperlihatkan DSV yang duduk di kerusi rosa diusung oleh anaknya, Cik B di sebuah pusat perubatan.

@aniqhsr Reply to @ezzyyl99 ♬ Ku Ikhlaskan – Dato Seri Vida

Perkongsian tersebut membuatkan segelintir netizen mula membuat tuduhan melulu dengan mengatakan apa yang dihadapi Vida ketika ini ada kaitannya dengan usahawan dan penyanyi, Iqbal Zulkefli.

Ia selepas netizen berkongsi video memperlihatkan Iqbal cuba menyapa dan menyentuh Vida sewaktu di malam Pentas Akhir Gegar Vaganza 2022.

@dirafdias33 Sweet je iqbal ngan dsv #fyp #fypシ ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Meskipun Iqbal sudah menjelaskan bahawa niatnya menegur Vida kerana mereka sudah lebih 5 bulan tidak bertegur sapa, masih ada yang tertanya-tanya kenapa dia perlu untuk menyentuh bekas majikannya itu.

“Sebenarnya saya datang tegur Dato Seri Vida. Ini setelah sekian lama sebelum saya ke Indonesia lagi tak bertegur, langsung tidak mesej,” kata Iqbal.

Ini menyebabkan beberapa segelintir netizen mendakwa dia seolah-olah cuba mencalit minyak dagu atau lebih dikenali sebagai minyak pengasih kepada Vida.

Demi Allah saya tidak ada langsung calit

Enggan niat baiknya menyapa Vida disalah ertikan, Iqbal kemudiannya tampil menjawab di ruangan komen sekaligus menafikan bahawa dia ada mencalit apa-apa kepada Vida.

“Demi Allah saya tidak ada langsung calit benda bukan-bukan. Tanggung sebaran fitnah. Kejutan apa dapat view banyak?” jawab Iqbal di ruangan komen.

“Keturunan saya tak macam tu”

Malah dia menerusi beberapa video di IG Story menjelaskan bahawa semua itu adalalah satu fitnah.

Meskipun berasa lucu dengan tuduhan tersebut, dia bagaimanapun menjelaskan keluarganya tidak pernah mengamalkan perkara-perkara seperti itu.

“Rasa nak marah tapi kena sabar. Saya rasa lucu bila orang kata saya letak minyak dagu yang diperah daripada mayat dekat DSV.

“Mungkin mereka (yang buat tuduhan) bangga video mereka jadi FYP (tular), tapi bangga tu dengan cara fitnah orang lah.

“Keturunan saya tak buat benda macamtu. Hidup tak berkat. Kadang-kadang orang (mudah) percaya dengan benda macam ni,” kata Iqbal.

“Saya tidak simpan dalam hati”


Iqbal menerusi kenyataan di dalam video tersebut bagaimanapun memaklumkan bahawa dia ‘tidak ambil pusing’ dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.

“Adakah mereka bangga naik (popular) dengan cara fitnah orang? Tapi saya tidak kisah pun, teruskanlah saya tidak simpan dalam hati pun.

“Tak perlu jumpa saya di Padang Mahsyar, kita jumpa di Starbucks, saya belanja jom!” tulis Iqbal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.