fbpx
Now Reading
Tak Dapat Dikesan, Waran Tangkap Untuk Norjuma Gagal Diserah

Tak Dapat Dikesan, Waran Tangkap Untuk Norjuma Gagal Diserah

Arahan waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, 29 Mac.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed sejak awal pagi tadi hangat diperkatakan selepas media melaporkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, 29 Mac telah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau.

Menerusi laporan Harian Metro, arahan itu dikeluarkan oleh Hakim, Yasmin Abdul Razak kerana Norjuma gagal memberikan kerjasama dari permulaan kes selain menghina mahkamah kerana ingkar perintah yang ditetapkan.

Namun waran tangkap itu gagal diserahkan kepada Norjuma yang juga bekas pengacara kerana dia tidak berada di kediamannya.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh peguam yang mewakili Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan.

“Mungkin selepas ini kita akan menyerahkan waran tangkap itu ke pihak polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya,” kata Roslan dipetik dari Harian Metro.

Tambah Roslan lagi, pihaknya juga akan memohon tarikh baru bagi permohonan waran tangkap terhadap Norjuma.

Sebagai info, Fame Up Entertainment sebelum ini telah memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma pada 2019 dan 2020 atas dakwaaan menyebarkan fitnah kepada syarikat mereka sekitar tahun 2018 hingga 2020.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.