fbpx
Now Reading
Upah Jurugambar Ekori Suami Curang, Netizen Kagum Lihat Wanita Ini Boleh Tersenyum

Upah Jurugambar Ekori Suami Curang, Netizen Kagum Lihat Wanita Ini Boleh Tersenyum

Apabila dikenang seperti di dalam drama bersiri di televisyen tapi ini benar-benar berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecurangan dalam perhubungan pasti sahaja membawa kesan yang buruk kepada suatu hubungan perkahwinan.

Apatah lagi apabila dapat melihat kecurangan itu di depan mata, sesiapa sahaja pasti naik berang dan mungkin juga ada yang akan terus bertindak menyerang pasangan mereka.

Namun, sedikit berbeza dengan seorang wanita ini apabila dia kekal tenang ketika melihat kecurangan suami sendiri bersama dengan kekasih gelapnya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh @hannakyraz yang dikenali sebagai Hanna, dia masih boleh tersenyum apabila melihat kecurangan suaminya yang keluar dari sebuah bangunan bersama wanita lain.

Lebih menarik lagi, apabila kelihatan Hanna turut mengupah seorang jurugambar professional untuk mengambil gambar bukti kecurangan suaminya itu daripada dalam kereta.

Hanna menerusi di ruang kapsyennya berkata ‘finally tupai tertangkap jugak!’.

@hannakyraz finally tupai tertangkap jgk! #foryou #foryoupage #rancakberdosaaa #fyp #fypdongggggggg #viral ♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI

‘Orang yang cantik pun tak dihargai. Curang itu pilihan’

Bagaimanapun, video yang dimuat naik oleh Hanna telah menjadi perhatian netizen apabila ada di antaranya yang memuji kecantikan Hanna, ada juga yang mengatakan sudah dapat isteri cantik pun tak dihargai.

‘Tersenyum je’

‘Macam mana nak hire spy tu?’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.