
Video Pensyarah Didakwa Hina Pelajar Tiada Laptop Jadi Perdebatan Netizen
Difahamkan akaun Twitter individu yang memuat naik video berkenaan telah dipadamkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui sejak berlakunya pandemik Covid-19, kaedah pengajaran secara bersemuka telah kurang dilakukan.
Ini kerana, rata-rata pelajar telah menjalani sesi pembelajaran secara atas talian (online) Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) di mana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan menggunakan komputer, telefon pintar, tablet serta laptop.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman yang dikongsikan di Twitter memaparkan seorang pelajar diherdik oleh seorang pensyarah dari sebuah universiti awam kerana tidak mempunyai komputer.
Menerusi video, pensyarah terbabit telah bertanya kepada pelajar adakah dia menggunakan telefon untuk masuk ke dalam kelas online berkenaan?
“Kau pakai apa? Kau pakai phone eh? Mana kau punya komputer?
“Kau tinggal dekat mana? Bapak kau kerja apa? Mak kau kerja apa?,” tanya pensyarah itu.
Pelajar yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan itu menjawab dia tidak mempunyai komputer dan bapanya tidak bekerja manakala ibu pula sudah tiada lagi.
kot kot op delete tweet, awai tak kalut pic.twitter.com/TypEqZpeJz
— Pedoq, what is this behavior?! (@pedoqpop) March 29, 2022
Minta kakak untuk jual gelang emas dan belikan laptop
Pensyarah itu kemudian mengarahkan pelajar itu agar meminta kakaknya untuk menjual gelang emas bagi membelikannya sebuah komputer.
“Aku cakap dengan kamu. kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas, pergi beli komputer.
“Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik, disebabkan kerana kau tidak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell, pasal itu kau akan menjadi drop ou student. Semester lima kau tak ada komputer.
“Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran. Ok kelas, kau tutup kamera kau tu, aku tak nak tengok lagi dah,” kata pensyarah itu.
‘At least dia pakai phone pun dia ada juga niat nak masuk kelas online’
Rakaman yang di muat naik ini bagaimanapun telah mengundang perdebatan netizen yang rata-ratanya marah dengan tindakan pensyarah bertaraf profesor itu dan ada yang berkata sekurang-kurangnya pelajar itu mempunyai usaha untuk belajar.
At least dia pakai phone pun dia ada jgk niat nk masuk online class. Nak unmute and bg jawapan. Can’t she at least see the effort instead of tiber condemn kawan tu pakai fon. Acah terpaling T20. Tuhan tu nak tarik sat ja makcik oi
— Jos (@najiehamzln) March 29, 2022
Bukan itu sahaja, video berkenaan turut menarik perhatian Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq apabila dia turut memberi reaksi terhadap insiden berkenaan.
Kajian kementerian pendidikan menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tiada Laptop atau tablet.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) March 29, 2022
Kadar keciciran pelajar sangat menakutkan
Mereka tidak pilih untuk terus miskin sampai tidak mampu untuk beli laptop.
Dari menghina, lebih baik bantu mereka dapatkan laptop. https://t.co/eST0S4Qz55
‘Kurang rasa empati, laptop apa eh yang RM800?’
Lack of empathy. Sorry prof laptop apa eh yang 800? may ik. Respect ur student prof dia mai kelas tu sebab nak ubah hidup dia, Prof sponsor belikan dia laptop sampai mati dia ingat jasa prof. Empathy is the medicine that the world need.
— Keith (@httrluq) March 29, 2022
‘Prof tak tahu kesulitan keluarga B40. Kais pagi makan pag, kais petang makan petang’
Prof tak tau kesulitan keluarga B40. Kais pagi makan pagi, kais ptg makan ptg. Ada kala keluarga terpaksa catu makanan dan diagihkan antara ahli keluarga dan anak anak. Sungguh menginsafkan diri. betapa untungnya kalau dapat berlauk nasi dan kicap untuk sehari
— Ayden Muhammad (@reizbmj) March 29, 2022