fbpx
Now Reading
Guru Rotan Murid Angkara Songkok Minta Maaf, Janji Tak Buat Lagi

Guru Rotan Murid Angkara Songkok Minta Maaf, Janji Tak Buat Lagi

Guru tersebut turut mengakui gagal mengawal kemarahan sehingga bertindak melepaskannya kepada pelajar itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai insiden seorang guru yang telah merotan pelajarnya sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.

Apa yang lebih mengejutkan apabila insiden yang berlaku melibatkan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) itu berpunca apabila mangsa yang merupakan pelajar tahun lima meminta seorang rakannya yang duduk di bahagian hadapan kelas supaya menanggalkan songkok kerana sukar melihat tulisan di papan putih.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhamad Idzam Jaafar kemudiannya memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan tersebut pada Selasa (29 Mac) yang lalu.

“Siasatan awal mendapati, guru terbabit telah merotan pelajar berusia 11 tahun tersebut sebanyak lima kali hingga mengakibatkan badannya mengalami kesan calar dan telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” kata beliau menerusi satu kenyataan.

Polis kemudian cuba mendapatkan keterangan daripada guru berkenaan namun pihak sekolah melaporkan bahawa guru tersebut sedang bercuti dan berada di luar kawasan.

Mengaku gagal mengawal kemarahan

Terbaharu, guru tersebut akhirnya tampil memohon maaf di atas tindakannya merotan pelajar berkenaan.

Dia yang tampil menerusi satu kenyataan turut mengakui gagal mengawal kemarahan sehingga melepaskannya terhadap pelajar itu.

Malah dia turut mengaku berbuat demikian meskipun tiada provokasi atau kesalahan yang dilakukan oleh anak muridnya itu.

“Saya menegaskan pelajar yang dirotan oleh saya tidak ada melakukan apa-apa kesalahan dan tidak membalas perbuatan saya.

“Saya juga mengaku pelajar itu juga tidak melakukan apa-apa kesalahan yang boleh menyebabkan dia dihukum sepertimana yang telah saya lakukan terhadapnya.

Takkan buat lagi

Dia dalam masa sama turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu terhadap mana-mana pelajar.

“Saya memohon maaf sekali lagi atas perbuatan saya dan berjanji tidak akan mengulanginya di masa hadapan terhadap mana-mana pelajar lain,” katanya lagi.

Ibu mangsa maafkan, anggap kes selesai

Sementara itu, ibu kepada pelajar berkenaan iaitu Nurlaili Borhanudin menjelaskan keluarganya menerima permohonan maaf tersebut dan menganggap kes tersebut sudah selesai.

Beliau yang berterima kasih di atas keprihatinan rakyat Malaysia turut memaklumkan berpuas hati dengan tindakan pihak polis serta pihak sekolah yang memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya telah diambil terhadap guru yang terlibat.

“Suka saya jelaskan, sebelum kami membuat keputusan menerima permohonan maaf ini kami telah berbincang dengan anak kami, mangsa sebenar dalam kejadian tersebut dan segala tindakan yang diambil adalah dengan persetujuan mangsa sendiri.

“Kami sebagai ibu bapa hanya mahu memastikan anak kami dan tiada lagi pelajar lain dimana-mana sekolah diperlakukan sebegitu.

“Kami berharap semua warga pendidik dapat teruskan usaha murni mereka mendidik anak bangsa dan jika ada sebarang masalah, berbincanglah dengan baik dan ambillah tindakan tanpa melanggar undang-undang,” kata beliau dalam satu kenyataan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.