fbpx
Now Reading
Pecah Rekod! 6 Pelajar Malaysia Diterima Masuk Harvard

Pecah Rekod! 6 Pelajar Malaysia Diterima Masuk Harvard

Kesemua mereka diterima masuk ke Harvard selepas berjaya mengatasi 61,220 permohonan dari seluruh dunia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Harvard University adalah salah satu dari 10 universiti paling berprestij di dunia. Ia juga menjadi idaman ramai pelajar di seluruh dunia termasuk dari Malaysia.

Terbaharu, enam pelajar Malaysia mencipta sejarah apabila diterima masuk bersama-sama ke Harvard bagi tahun yang sama selepas berjaya mengatasi 61,220 permohonan lain dari seluruh dunia.

Pencapaian ini boleh dikatakan begitu luar biasa memandangkan kemasukan pelajar Malaysia ke universiti terulung itu tidak pernah melebihi dua orang bagi satu-satu kemasukan.

Selain itu ia juga dilihat memberangsangkan kerana kadar penerimaan Harvard tahun ini adalah yang paling rendah dalam sejarah universiti tersebut iaitu sebanyak 3.19%.

Keenam-enam pelajar tersebut terdiri daripada Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang, Chooi Je Qin (Johor), Carisma Michaela Wong (Sabah) dan Lee Ee Jenn (Kuala Lumpur) dan Alyssa Yap Xin Yi (Sarawak).

Kesemua mereka akan memulakan kelas sarjana pada tahun 2026 dalam pelbagai bidang antaranya astrofizik, biokimia, ekonomi dan dasar awam, politik, dan sosiologi. 

Berita gembira tersebut turut dikongsikan alumni pelajar Harvard, Wan Nadiah Wan Mohd. Abdullah Yaakob di laman Twitter.

“Kami sangat gembira apabila lima pelajar Malaysia memecahkan rekod diterima ke Kolej Harvard dalam satu tahun. Paling banyak dua pelajar yang diterima masuk setiap tahun dan kadangkala tiada,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Wan Nadiah, lima dari mereka menghadiri temuduga di dalam negara manakala permohonan Alyssa Yap menerusi temuduga di Singapura.

Difahamkan bermula tahun ini, pelajar yang keluarganya hanya berpendapatan di bawah AS$75,000 (RM316,000) setiap tahun tidak akan dikenakan sebarang bayaran yuran, sebaliknya mereka akan ditaja sepenuhnya oleh Harvard.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.