‘Kencing Merata’- Netizen Kecam Aksi Pemandu Kereta Singapura Yang Menjijikan [Video]
Aksi pemandu itu telah dikecam oleh netizen dan menyifatkan ia suatu perbuatan yang menjijikan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui sejak 1 April yang lalu sempadan negara kita telah mula dibuka dan ia secara tidak langsung telah membuka peluang mereka yang berada di negara jiran seperti Singapura untuk datang berkunjung ke Malaysia.
Namun, dalam kegembiraan kita menyambut kedatangan mereka terdapat juga beberapa isu yang tidak sedap didengar telah terjadi antaranya adalah isu mengisi minyak RON95 serta aksi mereka yang memandu secara berbahaya juga telah menjadi tular di media sosial.
Baca artikel berkaitan : Tular Video Memandu Secara Melulu, Polis Buka Kertas Siasatan & Cari Pemandu BMW Singapura
Baru-baru ini, tular satu lagi video di media sosial memaparkan seorang pemandu warga Singapura sekali lagi mengundang perhatian orang ramai apabila dia membuang air kecil di merata tempat.
Menerusi video tersebut, kelihatan pemandu yang membawa kenderaan bernombor plat Singapura itu telah keluar daripada keretanya bersama dengan penumpang dan bertindak untuk membuka seluar dan kencing di tepi longkang selepas penumpang itu beredar.
Insiden dipercayai berlaku di Johor Bharu
Aksi pemandu jenama BMW itu bagaimanapun telah diambil menerusi satu rakaman litar tertutup yang bertarikh 5 April dan insiden berlaku jam 1.14 pagi.
Walau bagaimanapun, insiden yang dikatakan berlaku di Johor Bharu ini tidak dapat dibuktikan kesahihannya kerana sehingga kini masih belum ada apa-apa maklum balas dari pihak berkuasa mengenai isu berkaitan.
‘Jijiknya perangai’
Sementara itu, insiden yang berlaku ini turut mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan itu adalah satu tindakan yang menjijikan serta meminta pihak berkuasa untuk menyaman pemandu terbabit.