fbpx
Now Reading
Kes Wanita Maut Dipukul : Rakan Pertahankan YouTuber Terkenal, Perjelas Dia Hanya Bantu Siasatan [Video]

Kes Wanita Maut Dipukul : Rakan Pertahankan YouTuber Terkenal, Perjelas Dia Hanya Bantu Siasatan [Video]

Izzad yang terkenal di YouTube sebagai seorang influencer yang berjaya mengubah persepsi masyarakat tentang bekas pelajar Henry Gurney menyifatkan rakannya itu hanyalah mangsa keadaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, media sosial hangat memperkatakan mengenai penahanan seorang YouTuber terkenal bersama beberapa lagi rakan bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang cedera parah dipukul teman lelakinya sebelum meninggal dunia di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

YouTuber tersebut yang mempunyai lebih 100 ribu pengikut dipercayai ditahan bersama suspek utama iaitu teman lelaki wanita tersebut dan dua lagi kawan mereka selepas mangsa meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mereka kemudian direman selama tujuh hari bermula dari Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Baca artikel berkaitan : YouTuber Terkenal Ditahan Polis, Bantu Siasatan Kes Wanita Mati Dipukul Di Pulau Pinang

Nama Youtuber Jokarko jadi sebutan

Sehubungan itu beberapa nama dipetik dengan majoriti dilihat menyebut nama Joker dari saluran YouTube Jokarko sehingga menyebabkan dia dikecam.

Namun di sebalik laporan tersebut, seorang rakannya yang juga YouTuber, Izzad Daniel tampil menjelaskan situasi sebenar tentang apa yang terjadi.

Izzad yang terkenal di YouTube sebagai influencer yang berjaya mengubah persepsi masyarakat tentang bekas pelajar Henry Gurney menyifatkan rakannya itu hanyalah mangsa keadaan.

Dia yang tampil menerusi satu video di Youtube menjelaskan Joker sebenarnya tidak terlibat dan tiada di rumah sewaktu insiden berlaku. Dia difahamkan telah meninggalkan rakan-rakannya di rumah dan pulang ke rumah ibunya bersama isteri.

“Ramai tersalah anggap”

Namun dia terpaksa ditahan untuk membantu siasatan memandangkan kejadian berlaku di rumahnya selain nombor telefonnya telah digunakan oleh suspek utama sewaktu mendaftar di Hospital Pulau Pinang.

“Polis ambil nama dan nombor telefon yang mendaftar (di hospital), bila polis call nombor Joker, tu sebab dia dikaitkan sekali. Kenapa Ja**l perlu letak nombor Joker? Sepatutnya Ja**l kena letak nombor dia,” soal Izzad atau nama penuhnya Muhammad Izzad Daniel Abdullah.

Tambah Izzad lagi, dia yang mengenali Joker amat yakin bahawa rakannya itu pastinya akan menghalang perkelahian tersebut sekiranya dia berada di rumah. Ini kerana dia beberapa kali sudah menyaksikan Joker menghalang pergaduhan semasa mereka sama-sama menuntut di Sekolah Henry Gurney.

“Kalau Joker ada pada waktu Ja**l belasah awek dia(arwah), pasti dia takkan diam kan diri. Saya kenal sangat Joker walaupun kurang kenal Ja**l. Dia (joker) satu batch dengan saya.

“Dia akan pertahankan kalau ada orang bergaduh di Henry Gurney. Waktu kejadian berlaku, Joker pulang ke rumah mak dia. Dia terdetik untuk pulang ke rumah dan dapat tahu awek Ja**l dah dimasukkan ke ICU.

Menurutnya lagi, dia difahamkan bahawa insiden tersebut berlaku bermotifkan cemburu selain suspek utama mungkin dalam keadaan berhalusinasi kerana tidak tidur selama beberapa hari disebabkan dadah.

Video

Kenapa perlu persalahkan Joker

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar tidak menyalahkan rakannya itu kerana niat Joker hanyalah untuk membantu teman lelaki mangsa itu.

“Ijat tengok ramai yang persalahkan Joker, tapi kenapa perlu persalahkannya sebab niatnya baik untuk membantu Ja**l. Jamal yang salah bawa jalannya dan dia terlibat dengan dadah,” katanya lagi.

‘Fighter’ takkan pukul perempuan tapi lindungi mereka dan berjuang ke jalan Allah

Malah Izzad menegaskan seorang lelaki sejati tidak akan sesekali menggunakan kekerasan dan memukul seorang wanita. Sebaliknya mereka adalah orang yang berjuang ke jalan Allah, melindungi keluarga dan orang tersayang.

“Dia cakap dia fighter. Fighter tak akan pukul perempuan. Mereka adalah orang yang mempertahankan agama bangsa dan keluarganya. Bukan jenis orang yang suka tunjuk hebat dan cari gaduh.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.