fbpx
Now Reading
Baca Al-Fatihah Kuat-Kuat Ketika Solat, Netizen Terhibur Lihat Telatah Anak Kecil Ini [Video]

Baca Al-Fatihah Kuat-Kuat Ketika Solat, Netizen Terhibur Lihat Telatah Anak Kecil Ini [Video]

Kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun itu membaca surah al-Fatihah dengan penuh bersemangat dan kedengaran suaranya lantang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai ibu bapa kita sememangnya perlu membentuk sahsiah peribadi anak-anak sejak mereka kecil lagi.

Namun tidak dinafikan dalam usaha ibu bapa mengajar mereka itu bermacam-macam ragam yang perlu dihadapi dan adakalanya telatah mereka turut mencuit hati kita sebagai ibu bapa.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini, yang memaparkan telatah seorang kanak-kanak perempuan yang sedang solat berjemaah bersama ayah dan abangnya.

Telatah kanak-kanak itu telah mencuit hati warganet apabila dia membacakan surah al-Fatihah dengan kuat dan penuh bersemangat sehingga menyebabkan suara ayah dan abangnya tidak didengari.

‘Balik dari sekolah senyap je,tapi lepas buka puasa…’

Menerusi video yang dikongsikan oleh @norhidayahghazali90, kelihatan kanak-kanak perempuan itu dengan lantangnya membaca surah tersebut sehingga melengkungkan badannya ke belakang.

“Si kakak 5 tahun, dari balik sekolah senyap je. Tapi lepas dia buka puasa, hampa dengarlah suara dia macam mana.

“Kalah Pak Imam (Bapa kanak-kanak),” katanya.

Menurut @norhidayahghazali di ruangan komen ibunya juga tidak sanggup untuk merakam video itu lebih lama kerana bimbang akan tergelak dan menyebabkan kanak-kanak itu tidak jadi untuk solat.

‘Tak nak kalah dengan abang lah ni’

Meninjau di ruangan komen pula video yang berdurasi selama 22 saat itu ternyata telah membuatkan warganet terhibur dengan telatahnya dan ada yang mengatakan kanak-kanak perempuan itu mungkin tidak mahu kalah dengan abangnya.

‘Bapaknya dapat habiskan solat tak tu?’

‘Imam lupa nak baca apa dah’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.