Selepas 22 Tahun ‘Dicuri’, Buku Nota ‘Tree of Life’ Milik Charles Darwin Akhirnya Dipulangkan [Video]
Sebagai info, Perpustakaan Universiti Cambridge pada tahun 2001 mengumumkan buku nota yang ditulis Darwin pada tahun 1837 itu telah hilang selepas ia dipindahkan dari Bilik Koleksi Khas untuk satu sesi fotografi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Siapa sangka dua buku nota milik saintis terkenal Bristish, Charles Darwin yang hilang dari Perpustakaan Universiti Cambridge pada tahun 2001 akhirnya ditemukan semula.
Lebih mengejutkan buku-buku yang disangka dicuri selama dua dekad itu telah dipulangkan dalam keadaan baik oleh seorang individu yang tidak dikenali di luar pejabat pustakawan tersebut pada 9 Mac lalu.
Menurut Perpustakan Universiti Cambridge, buku tersebut yang mempunyai lakaran asal ‘Tree of Life’ Darwin diletakkan di dalam bungkusan berserta sekeping nota bertulis “Pustakawan. Selamat Hari Easter! X.”
Penemuan buku tersebut nyata menggembirakan banyak pihak khususnya pustawakan Universiti Cambridge sendiri iaitu Dr Jessica Gardner.
Beliau pada penghujung 2020 telah merayu kepada mana-mana pihak yang telah mengambil buku itu agar memulangkannya semula.
Malah sebagai usahanya untuk mengesan buku tersebut, beliau telah mengedarkan video mengenai buku berkenaan kepada orang ramai bagi memudahkan mereka untuk turut sama mencarinya.
“Saya sangat lega apabila buku itu dipulangkan. Buku-buku itu dalam keadaan sempurna dan mereka sudah kembali ke rumahnya,” kata Gardner sambil tersenyum sewaktu ditemuramah wartawan BBC.
Mereka bagaimanapun akan berurusan dengan pihak berkuasa memandangkan buku ini telah dikategorikan hilang sebelum ini.
Malah mereka sudah pun menyerahkansemua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam bangungan tersebut untuk rujukan pihak berkuasa.
Ini kerana mereka gagal mengesan identiti individu yang memulangkan buku berkenaan kerana tiada CCTV yang diletakkan di hadapan pintu bilik pustakawan.
Sebagai info, Perpustakaan Universiti Cambridge pada tahun 2001 mengumumkan buku nota yang ditulis Darwin pada tahun 1837 sekembalinya dari pelayaran di Galapagos Island itu telah hilang selepas ia dipindahkan dari Bilik Koleksi Khas untuk satu sesi fotografi.
Mereka kemudian memaklumkan kepada polis bahawa dua buku yang berharga jutaaan pound itu mungkin telah dicuri sekaligus disenarai dalam data barangan hasil seni yang dicuri yang diuruskan Interpol.
Dengan penemuan ini, pihak perpustakaan turut mengumumkan akan mula mempamerkan buku nota tersebut mulai 9 Julai.