fbpx

Fujiko A. Fujio Pencipta Bersama Doraemon Meninggal Dunia

Pelukis Anime berusia 88 tahun yang turut terkenal sebagai pencipta kartun Ninja Hattori dan Little Ghost Q-Taro difahamkan telah ditemui jatuh rebah di luar kawasan rumahnya pada pukul 8 pagi, semalam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pencipta bersama komik Doraemon, Fujiko A Fujio dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Kawasaki, Kanagawa berhampiran Tokyo pada pagi Khamis, 8 April.

Pelukis Anime berusia 88 tahun yang turut terkenal sebagai pencipta kartun Ninja Hattori dan Little Ghost Q-Taro difahamkan telah ditemui jatuh rebah di luar kawasan rumahnya pada pukul 8 pagi.

Polis yang bergegas ke lokasi kemudian mengesahkan pelukis Fujiko atau nama sebenarnya Motoo Abiko sudah pun meninggal dunia.

Berita kematian Fujiko bukan sekadar mendapat perhatian rakyat Jepun malah turut menjadi perbualan peminat Doraemon dari seluruh dunia.

Ramai dilihat mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah di media sehinggakan Doraemon menjadi trending di aplikasi Twitter.

Mengimbas kembali pencapaian semasa hidupnya, Abiko mula mengenali pengasas Doraemon, Hiroshi Fujimoto sewaktu di sekolah menengah.

Disebabkan mempunyai minat yang sama mereka kemudian bergabung dan menjadi rakan kongsi pada tahun 1951 dengan menggunakan nama pena Fujio Fujiko sehingga terhasilnya kartun Doraemon.

Namun sebelum menghasilkan Doraemon, mereka memulakan kerjaya mereka dengan penghasilan iklan anime Q-Taro yang mengisahkan seorang ‘anak hantu’ yang baik budi pekerti tapi nakal yang tinggal bersama-sama keluarga manusia. Iklan ini kemudian menjadi fenomena di Jepun malah turut terkenal di negara luar ketika itu.

Selepas berpuluh tahun mencatatkan kegemilangan bersama, mereka akhirnya berpecah pada tahun 1987. Motoo Abiko kemudiannya kekal dengan nama Fujio A Fujiko manakala Hiroshi Fujimoto yang sudah meninggal dunia pada tahun 1996 kekal dengan nama Fujio F Fujiko.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.