fbpx
Now Reading
Nama Bapa Sama, Tok Kadi Tanya Banyak Kali Risau Pengantin Adik Beradik

Nama Bapa Sama, Tok Kadi Tanya Banyak Kali Risau Pengantin Adik Beradik

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian netizen apabila ianya sudah meraih 2.4 juta tontonan, 233 ribu tanda suka selain hampir 3,000 komen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan yang sudah berkahwin pasti tahu antara perkara yang paling rumit namun berbaloi sewaktu ingin berumahtangga tentunya proses memohon kebenaran nikah.

Bukan sahaja perlu naik turun ke pelbagai agensi dan menguruskan berhelai-helai dokumen, semua ini bagaimanapun akan terbalas di hari anda diijabkabulkan secara sah dan tanpa sebarang masalah.

Namun keadaan dilihat sedikit berbeza buat pasangan suami isteri ini apabila mereka masih ‘diuji’ sewaktu hari bahagia mereka gara-gara mempunyai nama ayah yang sama.

Menerusi TikTok, Nurul Solehah yang menggunakan akaun @soya.naraa telah berkongsi kenangan tersebut kepada orang ramai di mana dia dan suami, Muhammad Muhyiddin telah disoal berkali-kali olah imam dek kerana berbin dan berbintikan nama ayah yang sama iaitu Che Ahmad.

Difahamkan tok kadi bukan sahaja menghubungi ayah kedua-dua mereka sewaktu proses memohon kebenaran nikah, malah beliau sekali lagi berbuat perkara sama sebelum majlis akad nikah berlangsung pada 25 Mac lalu.

@soya.naraa

Imam tanya mak ✅ imam call ayah ✅ imam tanya perempuan ✅ imam tanya lelaki ✅ imam tanya lagi sebelum akad nikah ✅

♬ suara asli – Angi Lay

Ini kerana imam yang bertugas bimbang yang pasangan ini sebenarnya adik beradik meskipun alamat dan negeri yang terpampang di MyKad menunjukkan tahun kelahiran yang sama selain lokasi yang berbeza di mana pengantin lelaki menetap di Pulau Pinang manakala pengantin perempuan di Kedah.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian netizen apabila ianya sudah meraih 2.4 juta tontonan, 233 ribu tanda suka selain hampir 3,000 komen.

Ramai puji tok kadi

Menjengah ke ruangan komen rata-rata dilihat memuji tindakan tok kadi bertugas yang begitu serius dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya memandangkan urusan pertalian darah amat penting.

Malah ramai yang bersetuju kejadian sebegini jarang berlaku. Tidak kurang juga segelintir dilihat berseloroh memandangkan nama bapa mereka yang sama.

Ini bukan double check tapi dah triple check dah

Raya tahun ni balik rumah Che Ahmad ke rumah Che Ahmad?

Kejadian ‘terkahwin’ saudara kandung pernah berlaku di negara kita

Sebagai info, kejadian ‘terkahwin’ dengan saudara kandung sendiri pernah berlaku di negara kita sekitar tahun 2017-2018. Baca artikel berkaitan di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.