fbpx
Now Reading
Terkilan Harga Menu Dituduh Mahal Setanding ‘Tel Aviv’, Chef Ammar Jelas Hal Sebenar

Terkilan Harga Menu Dituduh Mahal Setanding ‘Tel Aviv’, Chef Ammar Jelas Hal Sebenar

Tambah Chef Ammar, kedainya turut mementingkan aspek kebersihan. Sebagai bukti dia turut menunjukkan keadaaan persekitaran di dapurnya yang begitu bersih dan teratur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan Ramadan kali ini menyaksikan banyak pihak khususnya pembeli mengadu akan kenaikan harga makanan di bazar yang disifatkan tak masuk akal.

Malah ada juga yang mendakwa harga jualan langsung tidak sesuai dengan kualiti makanan yang ditawarkan sehingga menyebabkan banyak peniaga dikritik hebat.

Perkara sama turut dihadapi cef ternama, Chef Ammar yang begitu dikenali dengan makanan signature, nasi arab lamb shank apabila dia turut dituduh menjual menu tersebut dengan harga yang begitu tinggi tanpa sebab munasabah.

Terkilan orang kata harga ‘Tel Aviv’

Terkilan dengan tuduhan berkenaan, beliau menerusi satu sesi live di TikTok yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna tampil memberi penjelasan mengapa juadah jualannya agak mahal berbanding peniaga yang lain.

Menurut Chef Ammar, semua barangan kering dan mentah yang digunakan bagi menyediakan makanan di kedainya adalah dari produk berkualiti tinggi. Malah proses penyediaannya juga bukan mudah.

Selain itu beliau turut mempunyai piawaian tersendiri dari segi saiz agar pembeli puas hati sewaktu menikmati makanannya.

Tambah beliau lagi, kedainya turut mementingkan aspek kebersihan. Sebagai bukti dia turut menunjukkan keadaaan penyediaan makanan di dapurnya yang begitu bersih dan teratur.

@momomqms Reply to @basitbroga5039 ♬ original sound – Mr.Momo

“Kamu ingat kita dapat semua bahan ini secara percuma? Ini minyak sapi berkualiti. Ayam pula kita letak dalam bekas stainless steel, bukan letak atas lantai. Ini semua ada proses. Bukan marah tapi saya nak bagi clear,” kata Chef Ammar.

@momomqms Reply to @bondabaim ♬ original sound – Mr.Momo

Tak perlu ajar saya untuk berniaga

Malah dia turut meminta orang ramai agar tidak mengajarnya untuk berniaga kerana dia sendiri tahu apa yang dilakukannya demi mendapat keredhaan Allah.

“Jangan ajar saya untuk berniaga, jangan. Kita buat kerja agar Allah SWT redha sama kami,” kata beliau lagi.

@momomqms Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypシ #respect #malaysiatiktok ♬ original sound – Mr.Momo

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyokong dan bersetuju dengan penjelasan yang diberikan Chef Ammar.

Malah ada yang merasakan pihak yang mengkritik beliau mungkin tidak pernah membeli juadah daripada Chef Ammar sendiri. Ada juga yang berpendapat tidak salah membayar mahal asalkan makanan tersebut sedap dan berkualiti tinggi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.