The Fashion Journal Bawa Ruangan Khas Untuk Jenama Lokal. Boleh Shopping Raya!

Hari Raya Aidilfitri bakal mengunjung tiba, pastinya ramai yang berpusu-pusu dengan persiapan raya, bukan? Dan yang paling penting adalah baju raya.

Tak lengkaplah sambutan Aidilfitri tanpa baju raya!

Sekarang ini anda tak perlu lagi beli baju raya secara online, nanti susah pula salah saiz dan sebagainya. Kalau nak senang, singgah sahaja di The Fashion Journal, Setia City Mall, Setia Alam.

Kedai ini membawakan ruangan konsep gaya baharu yang memaparkan jenama tempatan seperti:

Team BuzzKini dah hadir semalam sempena sesi pembukaan secara rasmi, memang rambang mata gais. Banyak betul pilihan yang menarik hati.

Paling seronok sekali, boleh tengok, pegang dan rasai sendiri material kain yang ditawarkan untuk tudung, baju, seluar, dan sebagainya.

Kalau nak tengok koleksi kosmetik pun anda boleh lihat sendiri warna sebenar. Barulah tak keliru dan tersalah beli kod warna.

The Fashion Journal yang terletak di Setia City Mall, Setia Alam.
(Sumber gambar: Siti Murni/TRP)

The Fashion Journal merupakan konsep yang unik kerana setiap jenama di sini memiliki identiti dan produk tersendiri yang diatur teliti supaya sesuai dengan keperluan pembeli sasaran. Ruangan fesyen ini bagaikan ‘syurga’ bagi mereka yang suka membeli-belah. Dengan pelbagai pilihan produk fesyen dan kecantikan tempatan. Malah, mereka juga dapat menikmati secawan kopi bersama teman setelah penat membeli-belah.

Vivien Phuah, Pengurus Besar Setia City Mall.

#SupportLokal.

Antara koleksi daripada UMMA.
(Sumber gambar: Siti Murni/TRP)

Antara jenama yang berada di The Fashion Journal termasuklah Bayu Somerset yang terkenal dengan rekaan Baju Kurung Kedah dan Kebaya bercorak unik pada harga berpatutan untuk memenuhi cita rasa tersendiri setiap wanita.

Binwani’s menawarkan pilihan fabrik fesyen untuk gaya harian anda.

Seterusnya, LOCKA yang menyediakan pakaian dan rekaan terkini yang menepati falsafah jenamanya iaitu identiti tersendiri, ketulenan dan keselesaan.

UMMA pula melengkapkan barisan jenama ini dengan rekaan pakaian yang selesa, versatil dan sopan bagi wanita moden.

Antara koleksi LOCKA Raya tahun 2022. Ini baru 20% ya. Banyak lagi pilihan menarik dan cantik sebenarnya.
(Sumber gambar: Siti Murni/TRP)

Kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada The Fashion Journal, suatu ruangan jualan yang lain daripada yang lain dan menawarkan pengalaman membeli-belah tersendiri dan selesa. Ruangan ini memberi peluang buat kami bertapak lebih kukuh dan memperkenalkan pelbagai jenama kepada lebih ramai pelanggan. Kami yakin fesyen terkini yang ditampilkan akan menarik minat pembeli yang mencari keunikan dan keanggunan untuk pakaian di hari lebaran.

Shukri Shari, Pengarah Kreatif LOCKA.

Kosmetik.

Kalau bab persiapan Hari Raya buat kaum Hawa, janganlah dilawan.

Dah setel bab baju, pastinya kosmetik juga diperlukan. Barulah cantik bila nak selfie dan ber-OOTD di pagi raya bersama keluarga tercinta.

Untuk jenama kosmetik pula, The Fashion Journal menawarkan jenama lokal iaitu SYEDEWA dan Nita Cosmetics.

Antara koleksi lipstick (matte) jenama Nita Cosmetics dan SYEDEWA.
(Sumber gambar: Siti Murni/TRP)

Kedua-dua jenama ini sememangnya terkemuka dan dikenali ramai. Dengan harga yang berpatutan dan kualiti A+, memang ramai wanita di luar sana yang menggunakan produk mereka pada ketika ini.

NITA menawarkan rangkaian kosmetik yang menjadi pilihan wanita muda yang menggemari warna-warni dalam kehidupan seharian. Manakala SYEDEWA merupakan jenama kosmetik khusus untuk semua jenis tona kulit.

Jenama fesyen yang ditawarkan di The Fashion Journal melengkapi rangkaian kosmetik tempatan kami yang bebas ujian terhadap haiwan dan mempunyai harga berpatutan. Produk kosmetik kami yang bebas alergen sesuai dengan semua tona kulit dan pasti akan menarik minat ramai.

Aznita Azman, Pengasas NITA Cosmetics.

Dan, lepas setel membeli-belah, boleh minum kopi dan aiskrim pula di Oh Apong! Kalau puasa, boleh tapau je.

Best tau cuci mata di The Fashion Journal ini. Banyak pilihan menarik.

Jadi, korang jangan lupa untuk kunjungi The Fashion Journal yang terletak di aras UG-135, Setia City Mall, Setia Alam untuk bergaya di Hari Raya dan nikmati pelbagai promosi ekslusif.

Layari setiacitymall.com untuk maklumat lanjut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

5 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

5 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

5 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

7 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

8 hours ago