Kos Jeti RM50,000 Kerana Guna Kayu Belian & Ada Buaya, Kata JKR Sarawak

Sejak hujung minggu lalu, pengguna media sosial hangat memperkatakan mengenai sebuah jeti kayu dengan ukuran lebar satu meter dan 15 meter panjang yang baru sahaja dirasmikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di Kampung Mutap, Bekenu, Miri.

Apa yang menjadi persoalan orang ramai adalah kos pembinaan skruktur jeti itu iaitu sebanyak RM50,000 yang disifatkan orang ramai sebagai tidak masuk akal.

Sehubungan itu ramai yang mahukan penjelasan lanjut dari pihak terlibat apatah lagi pembinaan jeti ini merupakan projek di bawah inisiatif Projek Transformasi Luar Bandar.

Isu ini kemudiannya turut menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus yang telah mengarahkan JKR untuk menyiasat perkara berkenaan.

Tidak menunggu lama, JKR Sarawak pada petang Ahad tampil menjelaskan bahawa kos projek ini bernilai RM50,000 kerana menggunakan kayu belian. Ia bagaimanapun ditawarkan pada harga yang lebih rendah dari harga semasa.

“Tular kenyataan projek yang telah siap itu tidak wajar dengan kos bajet RM50,000.00. Anggaran kos kami adalah berdasarkan Jadual Kadar (SOR) JKR Sarawak tahun 2020 dengan kadar RM9,000.00 semeter kiub bagi kayu belian yang lebih rendah daripada harga pasaran semasa,” kata JKR Sarawak menerusi satu kenyataan.

JKR turut ambil kira keadaan jalan dan faktor keselamatan kerana dipenuhi buaya

Tambah mereka lagi, penetapan kos itu disebabkan pelbagai faktor termasuk logistik dan keselamatan kawasan tersebut yang difahamkan dipenuhi buaya.

“Kami juga mengambil kira faktor laluan jalan (jalan ladang) ke Kampung Mutap, logistik selain faktor keselamatan memandangkan kawasan itu dipenuhi buaya.

“Dengan bajet RM50,000.00, kami berjaya mereka bentuk jeti sehingga 15m panjang dengan dua anak tangga,” jelas kenyataan itu lagi.

Difahamkan ketua kampung pada mulanya mahukan jeti sepanjang 30m dan dilengkapi dengan pondok kayu bagi menggantikan jeti lama yang rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

“Pegawai kami memaklumkan bahawa permintaan itu tidak dapat dilakukan atas faktor bajet yang terhad (RM50,000.00), lalu ketua kampung bersetuju dengan cadangan mengikut bajet yang diperuntukkan,” katanya.

Difahamkan ketua kampung kemudiannya turut memutuskan akan memohon satu lagi peruntukan daripada Datuk Rosey Yunus untuk melaksanakan fasa kedua jeti tersebut.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

11 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

11 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

12 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

12 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

12 hours ago