Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan telah membeli sekeping lukisan yang memaparkan suasana di Parlimen Malaysia.
Menurut laman Instagram rasmi Royal Selangor, sebaik melihatnya Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di ruangan belajar Baginda.
“Satu hari nanti, Baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” tulis pengendali akaun berkenaan tanpa menyebut sebarang nama artis atau pelukis yang menghasilkan karya unik itu.
Monyet dan katak jadi Ahli Parlimen
Namun apa yang mencuri tumpuan adalah karya tersebut dilihat mengambarkan ahli parlimen Malaysia yang terdiri dari kumpulan haiwan seperti monyet dan katak.
Situasi ini dilihat menyamai suara segelintir pengguna media sosial yang sebelum ini menggelarkan sekumpulan ahli parlimen yang kerap bertengkar sewaktu bersidang dengan panggilan monyet manakala katak untuk mereka yang melompat parti.
Menerusi foto sama, imej Yang Dipertua bagaimanapun kelihatan dikaburkan. Namun menerusi semakan kami, ia dilihat mirip sekeping foto Tan Sri Azhar Azizan Harun sewaktu memberi ucapan sulung sebagai speaker yang baharu pada 13 Julai 2020.
Karya ini jika dilihat sekali imbas mirip karya artis antarabangsa Banksy, iaitu Devolved Parliament (2009) yang menggambarkan suasana parlimen di UK yang dihadiri binatang seperi monyet dan orang utan.
Sebagai info, Sultan Sharafuddin memang dikenali sebagai yang meminati seni lukisan malah memiliki pelbagai karya menarik termasuk potret susur galur kesultanan Selangor.