
Pengadil Bundesliga Raih Pujian, Hentikan Game Agar Pemain Dapat Buka Puasa
Tindakan Jollenbeck sekaligus menjadikan perlawanan itu sebagai game pertama dalam sejarah Bundesliga yang diberhentikan bagi tujuan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang pengadil Bundesliga, menjadi tumpuan dunia selepas dia menghentikan satu perlawanan bola sepak bagi membolehkan seorang pemain beragama Islam berbuka puasa.
Matthias Jollenbeck, memberhentikan sementara permainan di antara Mainz dan Augsburg pada minit ke-65 bagi memberi ruang kepada pemain pertahanan Mainz, Moussa Niakhate untuk membasahkan tekaknya.
Turut dibantu penjaga gol
Menerusi video yang tular di media sosial, pemain kelahiran Perancis yang sedang berbuka puasa itu turut ditemani penjaga gol, Robin Zentner yang dilihat berbual sambil memberikannya dua botol air.
Sebaik selesai, pemain berusia 26 tahun itu kemudian menghampiri Jollenbeck dan berjabat tangan dengannya sebagai tanda terima kasih.
Pertama kali berlaku dalam sejarah Bundesliga
Tindakan Jollenbeck sekaligus menjadikan perlawanan itu sebagai game pertama dalam sejarah Bundesliga yang diberhentikan bagi tujuan berkenaan.
Ia bukan sahaja dipuji penonton dan peminat bola sepak di seluruh dunia, bahkan Pengarah Komunikasi Jawatankuasa Pengadil Jerman, Lutz Michael Frohlich turut menyokong tindakan yang dilakukan pengadil berkenaan.
“Tidak ada arahan khas dalam hal ini, tetapi sudah tentu kami menyokong pengadil kami untuk membenarkan rehat ketika Ramadan atas permintaan pemain,” kata Frohlich.
Turut berlaku dalam perlawanan RB Leipzig vs Hoffenheim
Tidak lama kemudiannya insiden serupa turut berlaku dalam perlawanan di antara RB Leipzig dan Hofenfenheim apabila pengadil, Bastian Dankert memberhentikan perlawanan bagi membenarkan pemain pertahanan Mohamed Simakan untuk berbuka puasa.
Referee Bastian Dankert has paused the Bundesliga game between RB Leipzig and Hoffenheim as the sun went down so that defender Mohamed Simakan will be able to break the Ramadan fast.#RBLTSG pic.twitter.com/FNm2na4ATf
— DW Sports (@dw_sports) April 10, 2022
Pernah berlaku di EPL musim lalu
Sebagai rekod, insiden sebegini pernah berlaku di English Premier League (EPL) pada musim lalu sewaktu perlawanan diantara Leicester City dan Crystal Palace bagi membolehkan dua pemain iaitu Wesley Fofana (Leicester) dan Cheikhou Kouyate (Crystal Palace) untuk berbuasa puasa.